spot_img
spot_img

Rusia tawar bina keretapi di Nusantara

spot_img

Moscow : Presiden Vladimir Putin menawarkan pelaburan dari syarikat keretapi Rusia di Nusantara, ibu negara baru Indonesia. Ini akan terus menjadikan Indonesia diberikan tekanan oleh Barat terutamanya AS kerana masih menjalin hubungan ekonomi dengan Rusia akibat embargo Barat perang Rusia – Ukraine.

Putin berkata Moscow boleh melibatkan diri dalam rancangan Presiden Joko Widodo membangunkan ibu kota Indonesia baru, yang kini terletak di Jakarta, Kepulauan Jawa berpindah ke pulau Kalimantan, menurut sumber yang dipetik dari Bloomberg.

Nusantara memulakan pembinaannya pada bulan Ogos tahun lalu selepas pandemik Covid19 reda.

- Advertisement -

Jokowi telah mempelawa pelabur-pelabur lain termasuk syarikat teknologi Foxconn, syarikat dari Abu Dhabi dan Taiwan untuk membantu membina bandar yang akan dikuasai oleh tenaga mapan dan boleh diperbaharui .

Syarikat -syarikat tenaga Rusia juga berminat untuk beroperasi di Indonesia, terutamanya dalam membangunkan kuasa nuklear, tambah Putin. Tenaga nuklear adalah sebahagian utama pelan pelepasan bersih-sifar Indonesia.

Foto : Liputan6.com

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img