NEW YORK, 1 Julai — Google akan membayar penyelesaian AS$90 juta kepada syarikat pembangun aplikasi kecil yang mendakwa mereka menyalahgunakan kedudukan pasaran dominannya, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh AFP hari ini.
Dana itu dijangka diagihkan pembayaran AS$200,000 atau lebih kepada beberapa pemaju aplikasi di kalangan 48,000 dalam tuntutan mahkamah, menurut peguam plaintif, Hagens Berman.
Kes itu tertumpu kepada tuduhan bahawa Google melanggar undang-undang antitrust dengan gedung aplikasi Google Play mereka, di mana ia didakwa mengekalkan monopoli dalam pasaran AS pada sistem telefon pintar Androidnya, yang melemahkan atau menafikan peluang syarikat pemaju aplikasi kecil.
Penyelesaian melalui pembayaran itu akan meliputi pembangunan aplikasi dengan pendapatan tahunan Google Play sebanyak AS$2 juta atau kurang antara 2016 dan 2021.
Di samping itu, Google bersetuju membayar pembangun-pembangun aplikasi itu membayar yuran perkhidmatan sebanyak 15 peratus pada hasil tahunan pertama AS$1 juta, turun daripada 30 peratus sebelumnya.
Langkah lain ialah google akan memberi peluang keapda pemaju aplikasi untuk lebih bebas dan menjadikannya lebih mudah untuk diakses dalam ekosistem Android.
Wilson White, naib presiden Google untuk hal ehwal kerajaan (undang-undang), berkata beliau gembira dengan penyelesaian itu.
“Seperti yang dinyatakan dalam perjanjian, kami tetap yakin dengan hujah dan kes kami, tetapi penyelesaian ini akan mengelakkan litigasi yang berlarutan dan tidak perlu untuk syarikat pembangun, yang kami lihat sebagai rakan kongsi penting dalam ekosistem Android kami,” kata White.
Hagens Berman, yang telah memperoleh penyelesaian AS$100 juta daripada Apple pada 2020 dalam kes yang sama, memuji penyelesaian ini sebagai contoh menang bersama syarikat teknologi.
“Hari ini, hampir 48,000 pembangun aplikasi yang bekerja keras menerima bayaran yang setimpal untuk produk kerja mereka — sesuatu yang Google mendapat untung, dan menyerahkan kepada mereka juga,” kata Steve Berman, pengasas bersama firma itu. — AFP