spot_img
spot_img

Anak diktator dan kleptokrat Filipina angkat sumpah Presiden baru

spot_img

MANILA — Ferdinand Marcos Jr., anak lelaki kepada mendiang diktator Filipina, mengangkat sumpah sebagai presiden ke-17 negara itu pada Khamis, melengkapkan kebangkitan politik keluarga kontroversi itu selepas pembuangan mereka 36 tahun yang lalu.

Presiden yang berusia 64 tahun itu mengangkat sumpah di Muzium Negara di Manila, berikrar untuk mengubah ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan memuji warisan ekonomi bapanya.

Marcos Jr berkata pasukannya sedang merangka pelan menyeluruh, merangkumi semua untuk transformasi ekonomi sert berjanji untuk memperbaiki pertanian dan infrastruktur.

- Advertisement -

Acara angkat sumpah itu disaksikan oleh keluarganya — termasuk ibunya Imelda yang berusia 92 tahun — orang kenamaan dan penyokongnya mengibarkan bendera berpakaian merah, warna kempennya.

(Penyokong Marcos Jr berbaju merah Foto : Time)

- Advertisement -

Marcos memuji legasi bapanya dan berkata dia telah membina lebih banyak jalan raya dengan lebih baik, menghasilkan lebih banyak beras berbanding semua pentadbiran sebelum ayahnya.

Bapanya merupakan memerintah negara Filipina selama 20 tahun — pemerintahan yang terkenal dengan rompakan dan pencabulan hak asasi manusia yang kejam.

Marcos senior telah digulingkan oleh “Revolusi Kuasa Rakyat” pada tahun 1986, memaksa keluarga itu dalam buangan di Hawaii. Tetapi mereka kembali ke negara ini pada awal 1990-an dan membina semula nasib politik mereka. Bertahun-tahun memutihkan pemerintahan bapanya di media sosial, mengungkit kembali zaman kegemilangan diktator ayahnya sebagai zaman kegemilangan negara, dan hasilnya membawa kemenangan besar kepada Marcos Jr dalam pilihan raya 9 Mei lalu.

Marcos Jr secara selamat merayu kepada dunia: “Hakimi saya berdasarkan tindakan saya, bukan pada nenek moyang saya.”

gabungan parti Marcos dengan anak perempuan Presiden Rodrigo Duterte, Sara, naib presidennya, juga meningkatkan populariti pencalonannya. Marcos memenangi 31.6 juta undi, atau hampir 60% daripada jumlah keseluruhan, menjadikannya presiden pertama dengan mandat daripada majoriti besar sejak pemulihan demokrasi Filipina selepas kejatuhan bapanya.

Walaupun kemenangan besarnya dan seruan berulang kali untuk perpaduan nasional semasa kempen, Marcos kekal sebagai tokoh yang mempunyai pelbagai pandangan dari rakyatnya. Pengkritik, termasuk mereka yang diseksa semasa pemerintahan kuku besi bapanya, masih menuntut keadilan. Suruhanjaya Pemerintahan Integriti Filipina, yang ditubuhkan berjaya mendapatkan semula $5 bilion hingga $10 bilion kekayaan negara itu yang didakwa dicuri oleh keluarga Marcos dan sekutunya, dan masih mencari lebih $2 bilion bakinya.

Marcos memuji rakyat yang memilihnya dengan berkata Filipina telah menolah perpecahan.

Presiden baharu itu akan segera menghadapi pelbagai cabaran ekonomi dan diplomatik, termasuk kenaikan harga komoditi, kejatuhan mata wang dan pertikaian wilayah yang berlarutan dengan Beijing di Laut China Selatan — persaingan geopolitik A.S.-China.

Marcos telah melantik dirinya sebagai setiausaha pertanian untuk memperbaharui sektor itu, dalam menghadapi kemungkinan kekurangan makanan berpunca daripada gangguan rantaian bekalan di tengah-tengah perang di Ukraine. Dia juga berikrar untuk mempertahankan kepentingan Manila di Laut China Selatan, walaupun dia memanggil China — yang menuntut hampir keseluruhan laut di situ sebagai rakan kongsi terkuat Filipina untuk pulih daripada wabak itu. Beliau tidak bercakap mengenai pertikaian maritim dalam ucapan serta kempennya.

Dari segi politik, pemimpin baru itu berada pada kedudukan yang baik untuk meneruskan agenda perundangannya. Dewan Negara dan Dewan Rakyat didominasi oleh sekutunya, termasuk anak sulungnya, Ferdinand Alexander, 28 tahun, yang memenangi kerusi di dewan rakyat.

Marcos, yang dikenali dengan nama samaran “Bongbong,” mendapat pendidikan di U.K. dan pernah berkhidmat sebagai gabenor, anggota kongres dan senator, tetapi dia kalah tipis dalam pemilihan timbalan presiden pada 2016. Dia mempunyai tiga anak lelaki bersama isterinya, Louise, yang biasanya dikenali sebagai “Liza,” seorang peguam.

Kenaikan kuasanya menyerlahkan kekuatan dinasti politik di Filipina. Marcos ialah anak ketiga kepada bekas presiden yang memenangi jawatan tertinggi, selepas Gloria Macapagal-Arroyo dan mendiang Benigno Aquino III, anak kepada ikon demokrasi yang dibunuh Benigno “Ninoy” Aquino saingan terkuat Marcos.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img