spot_img
spot_img

Peluang tipis menang jika Tajuddin sebagai calon bukan BN

spot_img

KAMPUNG GAJAH, 1 Julai — Populariti Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Pasir Salak sahaja tidak akan mencukupi untuk membolehkannya menang pilihanraya ke 15 sekiranya beliau bertanding atas tiket bebas atau bukan dari platform Barisan Nasional / UMNO. Pendapat dan kaji selidik dari wartawan John Bunyan, Malay Mail, dilakukan sejurus selepas sidang media yang dilakukan oleh Tajuddin

Pengundi yang ditemu bual oleh akhbar harian itu berkata ahli parlimen tiga penggal itu akan bergelut untuk memenangi sokongan daripada penyokong BN walaupun beliau boleh meyakinkan penyokong setianya untuk menukar sokongan mereka.

Sharul Hafiz Zam, 36, dari Kampung Pulau Gajah di sini berkata kawasan itu telah menjadi kubu kuat BN selama beberapa dekad dan sukar bagi mana-mana calon bebas termasuk diri Tajuddin sendiri untuk menang.

- Advertisement -

Dia menjangkakan Tajuddin yang bertelagah dengan kepimpinan sekarang akan mendapat sokongan penyokong tegar dan mereka yang mempunyai kepentingan dengannya sahaja.

Pasir Salak ialah sebuah kawasan pilihan raya persekutuan di Daerah Perak Tengah dan Daerah Hilir Perak. Ia mempunyai dua kerusi DUN iaitu Kampung Gajah dan Sungai Manik.

DUN Kampung Gajah dimenangi oleh Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin dari BN dengan jumlah undi sebanyak 11,026 undi. Majoritinya adalah sebanyak 3,345 berbanding PAS 7681 undi dan PKR 3861 undi semasa PRu14 yang lalu.

- Advertisement -

DUN Sungai Manik pula dimenangi oleh BN juga iaitu Dato’ Zainol Fadzi Paharudin dengan jumlah undi sebanyak 9,265, memiliki majoriti undi sebanyak 1,939 berbanding PAS yang hanya menerima 4071 undi dan PKR menerima 7326 undi semasa PRu14 yang lalu.

Sharul Hafiz Zam yakin bahawa Tajuddin tidak boleh menang bertanding secara bebas kerana Pasir Salak adalah BN selama ini dan jika BN meletakkan mana-mana calon asalkan berada di bawah panji BN, pastinya ada peluang besar untuk menang.

Namun Tajuddin mendakwa beliau yakin dapat mempertahankan kerusi parlimen Pasar Salak walaupun digugurkan oleh Umno, berikutan pemecatannya daripada majlis tertinggi.

Pesara R Lingam, 71 dari Kampung Goh Hong, Langkap, mengakui Tajuddin menonjol di kawasan itu. “Tetapi popularitinya sahaja mungkin tidak akan mendapat sokongan yang diperlukan untuk mempertahankan kerusi itu.”

Seorang lagi pesara M Marimuthu 72, dari Taman Pelangi, Langkap, berkata tiada calon bebas pernah hampir menang di sini dan Tajuddin tidak mungkin akan menjadi yang pertama.

Dia juga menyatakan bahawa pengundi di Pasir Salak kebanyakannya adalah orang Melayu yang sudah pun bergabung dengan Umno dan PAS, atau penyokong PKR, Bersatu, dan Amanah.

“Tetapi persoalannya sekarang, bagaimana Tajuddin akan menarik pengundi daripada parti-parti ini jika beliau bertanding bersendirian? Saya pasti penyokong akan mengundi calon parti masing-masing,” katanya.

Seorang peniaga kedai makan berusia 68 tahun dari Langkap yang meminta hanya dinamakan sebagai Ah Chai juga tidak yakin dengan dakwaan Tajuddin.

“Saya dilahirkan dan dibesarkan di sini. Menjalankan perniagaan saya selama 50 tahun sekarang dan ia adalah BN selama ini. Mereka sentiasa menang dengan majoriti besar. Jadi, saya rasa sukar untuk Tajuddin menang sebagai calon Bebas,” katanya.

Namun, tidak semua pengundi begitu cepat menolak prospek Tajuddin boleh menang sebagai calon bukan UMNO.

“Beliau (Tajuddin) sangat menonjol di kawasan itu. Hampir setiap bulan akan ada program untuk penduduk di sini. Dia sangat rapat dengan kebanyakan penduduk,” kata Mohd Hamdan Zainal Aznam, 37, dari Taman Murni di sini.

“Saya pasti ini memainkan peranan dalam soal pengundian. Pengundi akan mahu seseorang yang mereka kenali sendiri mewakili mereka dan inilah sebabnya Tajuddin masih boleh menang walaupun dia bertanding sebagai calon Bebas.”

Atau mungkin PAS akan memberi tempat buat Tajuddin?

Awal minggu ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu Tajuddin bahawa mereka boleh menyertai PAS pada bila-bila masa untuk meneruskan karier politiknya, dan beberapa pengundi Pasir Salak berkata ini boleh memberi peluang kepada Tajuddin untuk berjuang.

Abdul Rahim Ahmad Tahir, 47, dari Kampung Selat Pulau berkata ini mungkin memberinya sokongan yang diperlukan untuk menang.

“Mungkin dia boleh menang dan mungkin tidak. Keadaan tidak pasti buat masa ini. Kita tidak tahu bagaimana penyokong dan akar umbi PAS akan menerima perkara ini,” katanya.

Seorang lagi pengundi Mohd Rizal Ambiah, 40, dari Kampung Pasir Salak di sini berkata, keputusan pilihan raya umum sebelum ini menunjukkan kawasan itu tidak lagi boleh dianggap sebagai kubu kuat BN, bermakna Tajuddin masih boleh menang sebagai calon PAS.

“Pada pilihan raya umum lalu, BN memperoleh 20,003 undi manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh 12,291 undi dan PAS mendapat 11,151 undi.

“Jika PH dan PAS tidak dipisahkan dalam pilihan raya umum sebelum ini, BN sudah pasti kalah. Jadi bagaimana pula kawasan itu masih boleh dikatakan sebagai kubu kuat BN?” katanya.

“Apa sahaja boleh berlaku dalam pilihan raya. Kami telah melihatnya berkali-kali. Jika Tajuddin boleh mendapat separuh undi daripada jumlah undi sebelum ini dan jika PAS dapat mengekalkan rekod undi mereka sebelum ini maka sudah pasti dia boleh menang.”

Mohd Rizal juga menegaskan Tajuddin akan mendapat sokongan penuh daripada penyokong dan akar umbi PAS kerana mereka sentiasa patuh kepada pemimpin parti mereka.

Bagaimanapun, seorang pengundi yang enggan namanya disiarkan berkata, penyokong PAS pun menolak Tajuddin, kerana kontroversi dan kesilapannya terlalu berprofil tinggi untuk diabaikan.

“Rakyat termasuk penyokong PAS sedar masalah dan isu yang ditimbulkannya. Keadaan kini berbeza. Media sosial memainkan peranan penting,” kata orang itu.

Tambahnya, khabarnya Tajuddin cuba mendesak agar anaknya dipilih untuk mempertahankan kerusi itu, tetapi presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolaknya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img