spot_img
spot_img

A Tech Insure Sdn Bhd tawar insuran kenderaan tanpa faedah

spot_img

PUTRAJAYA: A Tech Insure Sdn Bhd melalui anak syarikatnya myezycover.com, baru melancarkan kemudahan pembaharuan polisi insurans kenderaan  dan cukai jalan melalui pembiayaan tanpa faedah atau sifar peratus semalam. Ia akan memanfaatkan sejumlah 1.6 juta Program  Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia.

Mengumumkan program penyelesaian kewangan digital kali pertama diperkenalkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, golongan  itu kini boleh memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan tanpa apa-apa bayaran pendahuluan.

Menerusi kemudahan itu, mereka boleh menikmati bayaran balik pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan, melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

- Advertisement -

Ia adalah satu bentuk pembiayaan berlandaskan konsep patuh syariah  Qardhul Hasan iaitu pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba.

Ia adalah khusus untuk penjawat awam.

- Advertisement -

“Ini bagi memastikan kenderaan dan penumpang dilindungi daripada kemalangan, serta bencana alam seperti  banjir, tanah runtuh dan sebagainya,” katanya ketika berucap melancarkan program myezycover.com di sini hari ini.

Melalui myezycover.com inisiatif Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan penyedia platform pembiayaan kewangan, A Tech Insure Sdn Bhd, penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan di hujung jari iaitu ‘Mudah, Jimat dan Pantas’.

(Dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia. Foto : PanduLaju)

Ini termasuk Nota Perlindungan Insurans boleh diperoleh hanya dalam tempoh hanya  lima minit.

Syarat penjawat awam untuk melayakkan diri mereka dengan inisiatif ini ialah, nisbah hutang tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan.

Ia sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan  terhadap kebajikan penjawat awam tanpa berorentasikan komersial  sebaliknya membantu merealisasi konsep Keluarga Malaysia berasaskan indeks kebahagiaan, yang  menjadi tanda aras komitmen dan kesungguhan kerajaan.

Pada masa sama, kata beliau, dengan  usaha ini dapat membantu pegawai kerajaan mengurangkan tekanan kewangan, setiap kali mereka memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan.

Kerajaan juga berhasrat memperluaskan inisiatif berkenaan kepada kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan sektor swasta dalam masa  terdekat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img