spot_img
spot_img

Zahid, antara panglima politik dan OKT

spot_img

Kuala Lumpur : Minggu ini sahaja sudah cukup membuatkan nama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disebut-sebut di semua mulut ahli politik. Sama ada di pihak parti UMNO sendiri atau pun musuh politik UMNO, Zahid kini semakin menjadi topik bualan utama nasional.

Adakah selepas pendedahan Ahli Parlimen Pasir Salak Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman akan membuatkan Zahid terus tenggelam ? Hilang sokongan ahli akar umbi UMNO ? Memberi peluang terbaik buat pesaing politik dalam partinya mahupun musuh kepada parti UMNO ?

Persoalan ini wajar dikupas untuk melihat senario politik yang caca merba selepas PRu14. Ia bermula dari perletakkan jawatan oleh Perdana Menteri ke 7 iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohammad. Maka bermulalah era kerajaan yang tidak stabil, saling ‘berbunuhan’ antara gabungan. Sejarah ini sangat mahal di mana negara kita telah pelajari bahawa, mandat dari rakyat amat penting untuk dikekalkan dan tidak boleh sesuka hati digodam melalui sokongan ahli-ahli parlimen semata-mata.

- Advertisement -

Persoalan ini juga bukan berdasarkan sikap sokongan berat sebelah, siapa salah atau benar tetapi fakta dan track record yang telah ditunjukkan sebelumnya. Supaya pihak-pihak yang berkenaan dapat menilai kedudukan sebenar dengan apa jua situasi politik yang bakal berlaku nanti.

Kekuatan Zahid

Ahmad Zahid masuk dunia politik sudah hampir 4 dekad. Bermula dari bawah hingga menggepalai UMNO kini. Musuhnya tidak boleh memandang enteng berkenaan pengalaman tatacara politik,  tata etika dan budaya politik dalaman parti yang beliau nakhodainya.

- Advertisement -

Banyak pendapat mengatakan beliau harus berhenti dari menjadi Presiden UMNO dan menumpukan kesnya dimahkamah, namun kini BN telah memenangi kesemua 7 PRK dan PRN di bawah kepimpinan Zahid yang penuh dengan kes-kes mahkamah. Tiada siapa ahli UMNO mampu menafikan perkara ini.

Beliau diasak dan diugut untuk membubarkan UMNO, namun beliau tetap mempertahankan keutuhan parti itu. Ya mungkin juga untuk kelebihan peribadinya kerana masih mempunyai kuasa untuk sedikit sebanyak memudahkan diri menghadapi tuduhan kes-kes berat, tetapi yang paling penting di sini ialah kemenangan dan faedah yang beliau berikan kepada parti di mana UMNO yang merupakan parti yang kalah, kini UMNO kembali hidup dan mampu memegang kerajaan semula. Ini adalah sesuatu yang cukup hebat jika ingin diperkatakan.

Mahkamah

Kini Ahmad Zahid sedang berjuang mempertahankan dirinya sendiri di mahkamah. Beliau memilih untuk disoal siasat dan tampil memberi keterangan sendiri. Menurutnya inilah yang terbaik untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Beliau memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dalam kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan boleh menyoal balas keterangan itu. Ini membolehkan Hakim yang mendengar akan menentukan kredibiliti dan keberatan keterangan saksi termasuk tertuduh.

Hilang sokongan akar umbi 

Adakah dengan pendedahan ahli parlimen Pasir Salak baru-baru ini , akar umbi UMNO akan terus meninggalkan Presiden mereka ? Adakah mereka lupa akan kredibiliti bekas Pengerusi Prasarana negara itu.

Sejarah telah membuktikan, institusi Presiden UMNO itu amat kuat dan kesetiaan ahli tertumpu kepada institusi Presiden, bukan individu.

Ini terbukti sejak dari zaman dahulu, zaman Tun Mahathir hingga ke Najib lagi, di mana berita rasuah serta 1MDB Najib hari-hari dimainkan oleh seluruh media dunia, namun kesetiaan UMNO kekal bersamanya hingga tumbang BN pada PRU14.

Ini adalah politik, soal benar atau salah itu subjektif. Tetapi pasukan manakah yang mempunyai kekuatan paling banyak ? Numbers in politic is the bargain power . Jadi pada hemat penulis, soal hilang kekuatan akar umbi UMNO kepada Zahid mungkin hanya terkesan beberapa peratus sahaja.

Jika akar umbi UMNO tidak mahukan Presidennya, sudah lama sejak kekalahan PRU14 mereka tidak akan memilih beliau. Dengan track record berjaya mengasak demi asakan menumbangkan kerajaan yang memenangi PRu14 lalu, hingga kini UMNO kembali menerajui kerajaan, akar umbi UMNO pastinya akan terus setia ‘hingga hujung nyawa’ terhadap Presiden UMNO mereka.

Secara rasmi, semasa PAU Khas tempohari, akar umbi mereka sebulat suara bersama Presiden untuk mendesak PRU15 disegerakan dan Pemilihan parti UMNO ditangguhkan. Medium manakah lagi yang rasmi untuk menunjukkan kesatuan di dalam membuat keputusan itu ? Itu telah menjawab segalanya mengenai sokongan kepada Presiden.

Pesaing politik dalaman

Siapa di dalam UMNO kini yang berpotensi untuk menggantikan beliau ? Perdana Menteri Ismail Sabri seperti yang didakwa Tajuddin ? Tanyalah setiap ahli UMNO berkenaan kekuatan Ismail Sabri di dalam partinya.

Datuk Seri Najib Tun Razak juga mempunyai kes mahkamah.

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan, Tajuddin sendiri telah mendedahkan bila mana diberi peluang untuk mengambil tempat Presiden, akhirnya membuat u-turn setelah disergah setiausaha politik Presiden UMNO.

Datuk Seri Mahdzir bin Khalid, salah seorang pemimpin senior dalam UMNO, mendiam diri dan memilih untuk tidak berkonfrontasi ketika ini.

Khairy Jamaluddin, Timbalan Ketua UMNO Rembau. Popular untuk rakyat Malaysia, namun tidak di dalam partinya sendiri kerana vokal terhadap kepimpinan parti.

Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein, pemimpin kayangan yang tidak akan ‘turut serta’ dalam perbalahan politik. Sentiasa mengambil langkah selamat. Dipayungi istana.

UMNO memerlukan war lord untuk terus kekal kuat hingga memenangi PRu15. Ahmad Zahid teruji dan terbukti hingga kini.

Pembangkang

Sangat tidak relevan jika kita mengatakan cabaran-cabaran yang  Zahid Hamidi hadapi kini menguatkan mereka. Pembangkang mempunyai masalah leadership. Selepas Tun Dr Mahathir Mohammad, mereka tiada ketua dan berpecah belah, bertikam lidah sesama sendiri.

Impian untuk bergabung juga tidak menjadi kenyataan kerana parti masing-masing mempunyai agenda sendiri dan takut ‘ditikam’ dari belakang sekali lagi seperti Langkah Sheraton. Ini amat menghantui pembangkang.

Ahli-ahli parlimen mereka lompat-melompat antara satu sama lain.

Kesimpulan

Presiden UMNO akan terus mendapat sokongan kukuh, terutama dari majlis tertinggi mereka. Mereka akan terus mendesak pilihanraya segera supaya UMNO terus menguasai momentum kemenangan.

Zahid Hamidi hanya boleh berhenti daripada menjadi Pengerusi UMNO jika beliau kalah dan bersalah di mahkamah. Sebelum itu terjadi, Malaysia akan terus menghadapi ‘peperangan’ politik di dalam parti kerajaan mahupun pembangkang sehinggalah PRu15 dilaksanakan.

 

Pendapat politik dari meja editor tidak melambangkan pendirian Berita Tular 
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img