spot_img
spot_img

Syed Saddiq mahu orang seni terbela

spot_img

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan agar cukai hiburan yang sekarang ini dikenakan sebanyak 25% dipotong sebagai alternatif untuk membantu meningkatkan industri seni dan perfileman tanah air.

Menurutnya, cukai hiburan di Malaysia adalah antara yang tertinggi, sedangkan di Singapura dan Indonesia tidak sampai 10 peratus.

Beliau memberi contoh jualan filem Mat Kilau sudah mencapai kutipan tiket RM12 juta tetapi dikhabarkan masih lagi berada di dalam kerugian kerana pembahagian kutipan; 25 peratus ke cukai hiburan, lagi 50 peratus ke pawagam dan hanya selepas itu ke pembuat filem.

- Advertisement -

“Ini bukan sahaja bagi Mat Kilau tetapi bagi semua filem tempatan. Macam mana mereka nak bertahan?” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikToknya hari ini.

Selain itu, beliau turut mencadangkan untuk mewajibkan kutipan cukai hiburan disalurkan semula kepada tabung industri seni negara.

Beliau mendakwa dana itu kini disalurkan untuk cat pagar, tar jalan dan tanam pokok, di mana sepatutnya ia mesti digunakan untuk tujuan kesenian.

- Advertisement -

Beliau memberi contoh lagi betapa industri perfileman tidak mempunyai bajet di mana tiada poster besar-besaran oleh filem-filem tempatan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img