spot_img
spot_img

Anwar vs KJ di PD, Ku Nan vs Radzi Jidin di Putrajaya ?

spot_img

Putrajaya : Bahang PRu15 semakin dekat. Apatah lagi apabila Perdana Menteri diasak oleh pasukannya sendiri, daripada parti UMNO. Walau apa pun yang berlaku, UMNO tetap mahukan Pilihanraya Umum ke 15 diadakan segera supaya liabiliti ‘pemerintahan membuat kesilapan’ akan berkurangan. Suara ini secara rasmi sah diterjemahkan melalui perwakilan akar umbi UMNO semasa Perhimpunan Agung Khas baru-baru ini. Makin lama memerintah, maka akan ada kesilapan serta kurangnya sokongan terhadap parti UMNO.

Khairy Jamaluddin yang merupakan Ahli Parlimen Rembau dikhabarkan memberi laluan kepada tokoh politik UMNO lain untuk bertanding di kerusi Parlimennya. Oleh itu, desas-desus mengatakan KJ giat mencari kerusi Parlimen.

Angin kencang bertiup bahawa beliau akan bertanding di Port Dickson (PD), bertemu heavy-weight politik tanahair, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar memenangi 72% majoriti di parlimen Port Dickson dengan perlawanan 6 penjuru, bukanlah sesuatu yang mudah buat KJ untuk menewaskannya.

- Advertisement -

Menurut ramai warga PD, Anwar setiap minggu turun ke kawasan dan banyak melakukan aktiviti serta menolong rakyat setempat.

KJ telah menjadi ahli parlimen Rembau sejak 2008, menang sejak beliau bertanding di kerusi itu buat kali pertama. Beliau juga merupakan timbalan ketua Umno Rembau sekarang. Di parlimen itu, ada Datuk Seri Mohamad Hasan yang merupakan ADUN Rantau, di bawah kawasan parlimen Rembau, yang dikhabarkan mungkin mahukan kerusi parlimen di situ. Mohamad Hasan merupakan Timbalan Presiden UMNO.

- Advertisement -

Naib Presiden Bersatu, Senator Datuk Mohd Radzi Md Jidin yang juga merupakan Menteri Pendidikan juga sedang giat mencari ‘tapak’ untuk beliau bertanding pada PRU15 ini semula.

Pada PRU ke 14 lalu, beliau pulang dari Australia untuk menjadi calon dan bertanding di Parlimen Ketereh Kelantan. Tewas dengan Datuk Seri Annuar Musa, ahli parlimen Ketereh yang menang di banyak penggal. Radzi hanya mendapat sokongan rendah sebanyak 6,799 undi berbanding Annuar 25,467 dan pemimpin tempatan PAS Wan Ismail Wan Jusoh 20,841. Jika PAS dan Bersatu bergabung sekalipun di bawah tiket PN jika ianya berlaku, kedudukan masih 50/50 untuk Radzi memenanginya memandangkan situasi politik Bersatu ketika ini yang tidak memberangsangkan.

Beliau dikhabarkan mencari kerusi ‘urban‘ untuk lebih selesa dengan pengundi yang berfikiran terbuka. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Putrajaya terutamanya semasa bulan Ramadhan banyak kelihatan dianjurkannya.

Putrajaya kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Mansor BN yang mengekalkan kerusi parlimen dengan majoriti 3,372 undi pada PRU14 lalu.

Tengku Adnan memperoleh 12,148 undi, menewaskan calon PKR Datuk Dr Samsu Adabi Mamat dan calon PAS Zainal Abidin Kidam, yang masing-masing hanya berjaya memperoleh 8,776 dan 3,634 undi.

Sementara itu, sumber lain yang rapat dengan Bersatu berkata Radzi juga sedang mengintai kerusi lain iaitu Setiawangsa, di mana parti itu nampaknya masih belum mempunyai wakil di kawasan tersebut.

Setiawangsa ditandingi dan dimenangi oleh Nik Nazmi Nik Ahmad dari PKR yang menewaskan bekas menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Zulhasnan Rafique daripada BN pada 2018.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img