spot_img
spot_img

Tiga fasa UMNO tidak boleh terlepas untuk menang PRU15

spot_img

KUALA LUMPUR, 26 Jun — Umno sedang mendesak supaya pilihan raya umum diadakan tahun ini memandangkan jika main berlengah ia akan memberikan masa mencabar buat parti itu, kata penganalisis politik.

Penganalisis sosiopolitik Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) yang dipetik kenyataannya dari MalayMail percaya Umno sedang melakukan yang terbaik untuk mendesak pilihan raya diadakan segera.

- Advertisement -

(Prof Dr Awang Azman Awang Pawi)

Menurut sumber, Majlis tertinggi Umno pada mesyuaratnya pada malam Jumaat lepas menyentuh mengenai penarikan subsidi kerajaan dan mencadangkan untuk menangani kenaikan kos makanan secara holistik… ini semua adalah sebahagian daripada strategi parti untuk mendesak pilihan raya umum awal untuk menunjukkan bahawa Umno sekarang adalah menyokong rakyat dengan menekan kerajaan untuk melaksanakan cadangan mereka.

Sebelum ini, beberapa pemimpin dalam Umno seperti Datuk Seri Najib Razak dan presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa pilihan raya sekarang, kerana percaya Barisan Nasional boleh mendapatkan semula kemenangan majoriti kerajaan persekutuan.

- Advertisement -

Namun, Datuk Seri Ismail Sabri keberatan berbuat demikian, dengan memberi alasan berkenaan peningkatan inflasi dan masalah ekonomi lain sebagai isu yang lebih mendesak yang memerlukan perhatian terlebih dahulu.

Pemimpin Umno lain termasuk Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Nazri Aziz menyokong PM mengenai perkara itu, dengan berkata sekarang bukan masa yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum.

Awang Azman menyifatkan keputusan Umno untuk memberi tekanan kepada kerajaan dalam isu-isu tertentu sama seperti mereka mendesak kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini untuk membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas RM10,000 daripada akaun mereka pada Mac tahun ini.

Isu tersebut adalah fasa pertama di mana Umno dan gabungan Barisan Nasional (BN) akan berjaya jika pilihan raya umum awal diadakan kerana mereka mempunyai sokongan kuat pada masa itu apabila dilihat sebagai pembela rakyat pada masa yang memerlukan.

Pada masa ini, beliau berkata UMNO BN dalam fasa kedua, bermula Jun hingga September di mana Umno dan BN berkemungkinan menang jika pilihan raya diadakan.

Bagaimanapun, beliau berkata momentum itu tidak  sekuat semasa fasa pertama ketika sokongan kepada Umno dan BN berada di kemuncaknya.

Awang Azman berkata fasa ketiga adalah dari September hingga akhir tahun di mana sokongan kepada Umno dan BN dijangka berkurangan dengan kemenangan yang lebih kecil. Ini kerana isu yang berlegar meresahkan rakyat serta barisan Pembangkang menajdi lebih kuat kerana mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk menyusun strategi.

Profesor Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) menyokong pandangan Awang Azman bahawa Umno dan BN mempunyai peluang lebih baik untuk menang jika pilihan raya umum diadakan awal tahun ini.

(Profesor Sivamurugan Pandian , Foto : Awani)

Menurut beliau, bagi UMNO sekarang ialah masa amat penting dan pada masa yang sama perlu ada faktor ‘rasa baik’ sebelum pilihanraya boleh diadakan. Apabila semakin lama tertangguh, akan ada cabaran lain untuk Umno. Antaranya memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang akan tamat pada 31 Julai ini selain menangani inflasi dan isu peningkatan kos sara hidup seperti yang disebut.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Profesor Mohamad Faisol Keling berkata Umno sebenarnya bersedia untuk pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa.

(Profesor Mohamad Faisol Keling , Foto : Utusan)

Beliau berkata isu-isu yang dibincangkan pada mesyuarat majlis tertinggi Umno pada Jumaat lalu adalah hasil daripada kelemahan Kabinet semasa di mana terdapat ramai menteri dan timbalan menteri yang tidak berkelayakan dan kurang pengalaman.

Ditambah pula rizab kerajaan yang berkurangan dan hutang negara yang semakin meningkat, keadaan itu menyebabkan beberapa menteri membuat keputusan di luar jangkaan tanpa menyemak dan berbincang dengan perdana menteri. “Ini telah mengakibatkan peningkatan kos yang tidak terkawal,” kata Mohamad Faisol.

Beliau berkata keputusan Umno pada mesyuarat majlis tertinggi itu juga merupakan strategi untuk mewujudkan kestabilan melalui kaedah politik.

Beliau berkata strategi sedemikian diperlukan memandangkan pelaksanaan dasar kerajaan semasa dilihat lemah. Justeru, strategi Umno adalah untuk mewujudkan kerajaan yang stabil yang boleh memberi peluang kepada pentadbiran yang lebih berkesan serta meyakinkan pelabur.

“Ini akan membolehkan negara keluar daripada krisis kelemahan dan kegagalan kerajaan yang lalu,” jelasnya.

Mengenai peranan bekas ketua penerangan BN Selangor dan ahli strategi politik Isham Jalil yang baru dilantik sebagai ahli majlis tertinggi Umno, Awang Azman berkata adalah wajar Ahmad Zahid melantiknya kerana dilihat sebagai langkah strategik untuk meremajakan parti.

“Isham adalah contoh yang baik seorang profesional muda Umno dari latar belakang keluarga kelas pekerja yang berjaya naik,” katanya.

Tambahnya, ini adalah bukti Ahmad Zahid sebagai presiden parti mahu membawa perubahan kepada Umno dengan muka muda dan baharu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img