spot_img
spot_img

Indonesia akan terima pelaburan kenderaan elektrik & pendigital di Nusantara

spot_img

Kerajaan Indonesia berkata Foxconn Technology Group sedang mempertimbangkan untuk melabur di ibu negara baru, Nusantara, sebagai salah satu langkah yang akan meningkatkan projek pembinaan yang bernilai $34 bilion.

Foxconn yang merupakan firma dari Taiwan sedang mengkaji untuk menubuhkan sistem bas elektrik dan rangkaian Internet of Things di Nusantara, sebagai ibu negara baru Indonesia, kata Menteri Pelaburan Bahlil Lahadalia dalam satu kenyataan pada Ahad lepas.

- Advertisement -

(Gambaran artis pusat Nusantara)

Young Liu, pengerusi Hon Hai Precision Industry Co., unit utama Foxconn, bertemu dengan Presiden Indonesia Joko Widodo pada hari Sabtu lalu untuk membincangkan rancangan syarikat itu untuk melabur $8 bilion bagi membina kilang pembuatan dengan permulaan skuter elektrik Gogoro Inc. Kilang itu, direncanakan untuk dibina di wilayah Jawa Tengah, akan menghasilkan bateri dan produk berkaitan kenderaan elektrik yang lain.

Liu memberitahu Jokowi bahawa firma Hon Hai gembira dapat membantu Indonesia menubuhkan institusi latihan modal insan, dan ia akan menyediakan teknologi dan produk EV (electric vehicle) kepada rakan kongsi tempatan dan bekerjasama dengan mereka untuk membina ekosistem EV, menurut kenyataan syarikat itu. Mereka juga bercakap mengenai bateri dan tenaga yang boleh diperbaharui serta bertukar-tukar idea mengenai industri kenderaan elektrik, kata kenyataan itu.

- Advertisement -

Indonesia sedang berusaha untuk memanfaatkan rizab nikelnya yang begitu besar, yang merupakan komponen utama dalam bateri, untuk membangunkan industri EV.

Kerajaan Indonesia juga merancang untuk Nusantara menjadi sebuah bandar “hijau” di mana pengangkutan awam menggunakan tenaga boleh diperbaharui sepenuhnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img