spot_img
spot_img

6 juta e-motorsikal di Indonesia pada 2025

spot_img

JAKARTA: Indonesia menyasarkan enam juta motosikal elektrik di jalan raya di seluruh negara menjelang 2025 sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan pelepasan karbon dan menjimatkan penggunaan bahan api fosil.

Dalam menjayakan inisiatif itu, kerajaan membabitkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk perniagaan milik kerajaan untuk mencapai sasaran berkenaan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral, Ego Syahrial di luar Mesyuarat Kumpulan Kerja Peralihan Tenaga (ETWG) G20 Indonesia di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, kerjasama itu tertumpu untuk melaksanakan program penukaran tenaga dan pembangunan infrastruktur yang boleh menyokong ekosistem kenderaan elektrik di Indonesia.

- Advertisement -

Menruut menteri, ia akan dapat menjimatkan bahan api kira-kira 13 juta tong setahun dengan nilai Rp16 trilion (RM4.7 bilion) setahun, mengurangkan pelepasan karbon sebanyak empat juta tan setahun, dan meningkatkan penggunaan elektrik sebanyak 2.4 terawatt-jam setahun.

Kementeriannya juga menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat elektrik negara, PLN dan syarikat minyak dan gas negara, Pertamina bagi program penukaran kepada motosikal elektrik.

Satu lagi MoU turut ditandatangani antara PLN dan Bank Mandiri, BRI, BNI, dan BTN untuk kredit pemilikan kenderaan elektrik serta pembangunan infrastruktur stesen pengecas kenderaan elektrik awam.

- Advertisement -

Menurut Syahrial, program penukaran e-motosikal adalah satu langkah yang baik kerana ia akan memberi peluang kepada generasi muda untuk memperoleh kemahiran baharu, membuka pekerjaan baharu, dan meningkatkan pengeluaran komponen tempatan.

Sementara itu, Presiden Pengarah PLN, Darmawan Prasodjo, berkata program menukar motosikal petrol kepada motosikal berkuasa elektrik mampu mempercepatkan peralihan tenaga, mengurangkan import dan subsidi bahan api fosil, menjimatkan pertukaran mata wang asing negara dan mengurangkan pencemaran dari sektor pengangkutan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img