spot_img
spot_img

PRU15 : Dilema Ismail Sabri

spot_img

Perdana Menteri Ismail Sabri kini berada di tengah-tengah, diasak dan dihimpit oleh dua puak yang mahukan sesuatu. Sebelah pihak (Kumpulan 1) mahukan pilihanraya awal. Sebelah lagi (Kumpulan 2)  mahukan kerajaan hingga habis penggal. Di penulisan ini, kita tidak akan sebut siapa mereka di puak-puak tersebut. Penulisan ini juga tidak menyebut rakyat, kerana penulis berpendapat semua ahli politik pada saat ini, sejujurnya hanya memikirkan survival mereka sahaja berbanding kesan dan masa depan rakyat.

Kumpulan 1 meramalkan kemenangan bagi BN jika PRU15 diadakan sekarang. Mereka beranggapan strategi kemenangan sekarang berada di pihak UMNO dan Barisan Nasional. Bagi Kumpulan 2, belum ada kesepakatan untuk bergabung dalam satu ‘khemah besar’ bagi menumbangkan BN. Ia telah terbukti pada PRU14 lalu apabila 1 lawan 1 maka BN akan tewas. Tetapi situasi semasa agak bercelaru kepada PH, PN, Warisan dan semua parti yang memusuhi UMNO/BN. Kesimpulannya, tanpa kesepakatan 1 lawan 1, BN tidak akan dapat ditumbangkan. Oleh itu sekarang bukan waktu yang baik untuk Kumpulan 2 menyokong pembubaran parlimen.

Kumpulan 1 beranggapan kelemahan Ismail Sabri dalam mentabir kerajaan akan memberi kesan negatif kepada UMNO dan Barisan Nasional jikalau PRU15 akan diadakan lebih lama lagi. Rakyat akan marah kepada BN akibat kesalahan demi kesalahan. Rakyat akan lupa pada kesilapan PH dan PN yang lalu. Kumpulan 2 berharap kerajaan yang dipimpin UMNO ini terus melakukan kesilapan yang boleh dilihat rakyat untuk dijadikan modal kempen sewaktu pilihanraya.

- Advertisement -

Akhir sekali, sudah tentu Ismail Sabri tidak mahu menjadi Perdana Menteri yang terpaling singkat dalam sejarah selepas Muhyiddin Yassin. Tentu juga beliau mahu terus menjadi Perdana Menteri apabila BN menang. Jadi bagaimana untuk memastikannya ? Beliau harus memastikan masalah seperti di Johor tukar Menteri Besar di saat akhir tidak berlaku ke atas dirinya.

Penganalisis politik ramai berpendapat bahawa Ismail Sabri perlu memasukkan lebih ramai Ahli Parlimen UMNO bagi menjawat jawatan menteri atau GLC supaya beliau mempunyai pengaruh dan sokongan. Namun pengorbanan yang perlu dilakukan oleh Ismail ialah dengan ‘mengorbankan’ menteri-menteri bertaraf senator. Kebanyakkan mereka adalah dari parti Bersatu. Di sini, Ismail Sabri berada di dalam dilema samaada untuk membina kekuatan dirinya atau melupakan kawan yang memberinya jawatan Perdana Menteri.

Jika berlaku juga rombakan kabinet seperti di atas, adakah pihak yang tidak dilantik dari UMNO akan menarik sokongan kepada Perdana Menteri ? Jika tarikan sokongan berlaku dari UMNO adakah beliau boleh mengharapkan PKR dan DAP tetap akan memberi sokongan kepadanya di Parlimen ? Atau adakah ‘kluster menteri’ UMNO akan setia pada Perdana Menteri atau untuk bersama Kumpulan 1 pada saat itu ? Inilah perkara yang tidak pasti yang bermain difikiran Perdana Menteri pada pandangan penulis.

- Advertisement -

Kemudiannya, Ismail Sabri juga mengharapkan pemilihan parti sebelum pilihan raya dilaksanakan jika ROS tidak meluluskan usul penangguhan pemilihan UMNO 18 bulan selepas pilihanraya. Kemenangan beliau di dalam parti dengan menjawat hierarki yang lebih tinggi, Presiden misalnya, membolehkan jawatan Perdana Menterinya dapat diteruskan. Namun masalah di sini, adakah Ismail Sabri mempunya tag team di UMNO ? Dan jika ada, adakah tag team itu boleh dipercayai untuk tidak mengkhianati beliau akhirnya ?

Di atas faktor-faktor ini, akar umbi UMNO bimbang Ismail Sabri akan membawa kekalahan semula kepada UMNO akibat beliau ‘berada di dalam dilema’ dan tidak boleh melakukan keputusan awal untuk parti. Manakala sokongan dari pihak kawan yang Ismail harapkan juga amat rapuh kerana kelemahan parti-parti yang menyokongnya dan MOU dengan parti pembangkang yang dilihat tidak sihat untuk mengharapkan sokongan itu kepada parti kerajaan.

Kini bola di kaki Ismail Sabri, samaada terus menggelecek, menjaringkan gol atau tewas di pihak lawan.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img