spot_img
spot_img

Lewis Hamilton belum mahu bersara

spot_img

LONDON: Bekas bintang Formula Satu (F1) Britain, Jackie Stewart berpendapat Juara Formula One tujuh kali Lewis Hamilton, patut bersara bagi mengekalkan legasinya. Jika tidak, ia merupakan suatu kerugian kerana prestasinya musim ini tidak memberangsangkan

(Jackie Stewart Juara F1 tiga kali – Foto : Guido De Bortoli/Getty Images)

Hamilton kini setaraf  dengan legenda F1 dari Jerman, yang kini masih koma, Michael Schumacher dengan meraih kejuaraan dunia paling banyak, malah tahun lalu bintang Britain tersebut hampir menambah koleksi gelaran kepada lapan sebelum kalah kepada Max Verstappen pada perlumbaan akhir penuh kontroversi.

Musim ini, Hamilton bergelut bersama Mercedes apabila sekadar berada di kedudukan keenam keseluruhan, 34 mata di belakang rakan sepasukan, George Russell, dan 98 mata di belakang pendahulu, Verstappen.

- Advertisement -

Menurut Stewart, Hamilton sepatutnya berhenti ketika berada di kemuncak, dan beliau percaya dunia fesyen adalah lebih sesuai buat pelumba berusia 37 tahun itu.

Rakan sepasukan yang baru, George Russel lebih pantas ketika sesi kelayakan tahun ini, dan ia sesuatu yang sukar untuk ditangani Hamilton, menurut Jackie.

“Saya rasa sudah tiba masa dia mengundurkan diri. Dia meminati muzik, hiburan dan menyukai pakaian. Dunia fesyen pasti sesuai buatnya. Saya percaya dia akan menjadi seorang yang berjaya kerana dia telah meraih banyak duit hanya sebab dia pernah menjadi yang terbaik ketika eranya,” jelas Stewart.

- Advertisement -

(Lewis Hamilton memang terkenal dengan gayanya yang unik. Foto : Grand Prix 247)

Namun, Hamilton bertekad untuk membantu pasukannya, Mercedes pada musim ini. Selepas meraih tempat keempat pada Grand Prix Azerbaijan, Hamilton berjaya menaiki podium di Kanada untuk mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga, mendahului Russell.

Hamilton berkata bukan sifat semulajadinya untuk mengalah. “Hanya kerana kami menghadapi kesukaran, bukan dalam DNA saya untuk terus undur diri. Kami masih juara dunia, dan kami masih boleh atasinya. Ia hanya akan memerlukan sedikit masa, dan ini akan menjadi tahun yang sukar.

Beliau berharap segala cabaran di musim ini akan dapat diperbetulkan dan akan memperoleh kejayaan yang lebih baik di musim hadapan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img