spot_img
spot_img

Sultan Ibrahim tegur DAP Johor – adakah mereka lupa rusuhan 1969 ?

spot_img

JOHOR BARU, 24 Jun — Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengecam seorang pemimpin DAP negeri kerana mencadangkan demonstrasi jalanan untuk menekan kerajaan menyelesaikan krisis kos sara hidup negara.

Baginda bertitah bahawa demonstrasi jalanan adalah reaksi tidak bertanggungjawab terhadap masalah tersebut dan ada cara yang lebih baik untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Adakah kita tidak cukup belajar daripada protes jalanan berdarah pada masa lalu? Adakah mereka lupa rusuhan 1969, juga baru-baru ini, rusuhan Bersih?

- Advertisement -

“Ia tidak pernah mencapai apa-apa, kecuali huru-hara, kemusnahan dan titik hitam pada sejarah negara kita!

“Demonstrasi di jalanan bukan cara Malaysia… Tidak akan ada pemenang apabila ini berlaku. Hanya ada yang rugi, dan siapa tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk parut sembuh,” katanya kepada Royal Press Office (RPO) dalam kenyataan yang turut disiarkan dalam talian.

Komen sultan berusia 63 tahun itu sebagai tindak balas kepada Naib Ketua DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali yang pada Rabu lalu menggesa rakyat Malaysia berdemonstrasi di Kuala Lumpur menentang cara pengendalian kerajaan terhadap krisis itu.

- Advertisement -

(Sheikh Umar Bagharib Ali – Naib Ketua DAP Johor)

Hari ini, sultan bertitah negara mempunyai undang-undang yang mesti dihormati dan dijunjung tinggi.

“Jangan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan apabila terdapat banyak cara lain untuk menyalurkan cadangan dan pandangan anda,” katanya sambil menambah bahawa protes jalanan akan menjejaskan ekonomi yang masih belum pulih daripada pandemik Covid-19.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img