spot_img
spot_img

Ronaldo duta Binance untuk NFT

spot_img

Binance, bursa mata wang kripto terbesar di dunia mengikut jumlah dagangan, berkata semalam bahawa ia telah menandatangani perjanjian dengan Cristiano Ronaldo untuk promosi non-fungible tokens  (NFT).

Sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk beberapa tahun, bintang bola sepak Yang berasal dari Portugis itu dan Binance akan mencipta satu siri koleksi NFT untuk dijual di platform syarikat itu, kata sumber platform pertukaran mata wang kripto, sambil menambah koleksi pertama akan dikeluarkan akhir tahun ini.

NFT ialah aset digital yang wujud pada rantaian blok (blockchain), rekod transaksi yang disimpan pada komputer rangkaian, dan rantaian blok berfungsi sebagai lejar awam, membolehkan sesiapa sahaja mengesahkan ketulenan NFT dan menyemak siapa pemiliknya.

- Advertisement -

Sentimen pelabur yang menurun terhadap aset berisiko telah menyebabkan kejatuhan dalam mata wang kripto, termasuk bitcoin, dan juga telah merebak ke dalam NFT, yang melonjak popularitinya tahun lepas.

Syarikat Crypto telah beralih pada sukan dalam usaha untuk masuk ke arus perdana. Tahun lepas, Crypto.com menandatangani perjanjian AS$700 juta untuk menamakan semula Pusat Staples di Los Angeles sebagai Arena Crypto.com, manakala pertukaran crypto FTX Trading Ltd menjual kepentingan kepada bintang  National Football League (NFL) Tom Brady.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img