spot_img
spot_img

Pak Nil berusaha bantu Zamani RM100,000

PETALING JAYA – Tidak sampai 10 jam melancarkan inisiatif peribadi bagi membantu membiayai kos pembedahan penyanyi Zamani Slam, personaliti televisyen popular Datuk Aznil Nawawi berjaya mengumpul lebih RM100,000 hasil sumbangan daripada orang ramai (crowdfunding).

Inisiatif murni tersebut dilakukan Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil dalam usaha membantu Zamani sembuh daripada derita penyakit tulang belakang atau skoliosis yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Tabung bantuan itu secara rasmi telah ditutup dan RM100,000 tersebut adalah jumlah penuh yang disumbangkan.

- Advertisement -

Dalam media sosial Pak Nil beliau bemgucapkan ribuan terima aksih kepada penderma dan berkata memang ramai yang masih sayangkan Zamani. “ Semoga Allah balas kebaikan kamu semua dengan rezeki yang berlipat kali ganda, Aminn,” tulisnya.

Zamani enggan menerima sebarang sumbangan sebelum ini kerana bertekad untuk mengadakan banyak persembahan bagi membiayai rawatan perubatannya. Namun Pak Nil tetap melaksanakan misi tersebut kerana bimbang Zamani tidak berkemampuan untuk mengadakan persembahan kerana keadaan kesihatannya.

Sebelum itu, Aznil terlebih dahulu mengosongkan akaunnya dan memaklumkan kepada pihak bank yang dia akan menerima dana daripada orang ramai kerana bimbang bank membekukan akaunnya apabila menerima kemasukan wang yang banyak dalam satu masa.

- Advertisement -

Dalam pada itu, Zamani dalam nada terharu berterima kasih kepada Aznil kerana sudi membantu, termasuk menyatakan keengganannya menerima wang tersebut. Zamani turut meminta Aznil menyimpan wang tersebut sehingga tiba waktu pembedahan dijalankan.

Pak Nil bagaimanapun meminta Zamani mengambilnya untuk kegunaan rawatan kerana tidak mahu Zamani risau dan tertekan kerana boleh memudaratkan kesihatannya.

Terdahulu, pengurus Zamani iaitu Aalan Ahmad meminta pihak yang mahu mewujudkan tabung dana untuk Zamani agar tidak berbuat demikian kerana penyanyi itu masih di peringkat awal rawatan.

Dia juga bimbang serta tidak mahu wujudnya scammer (penipuan) yang mengambil kesempatan dengan membuka akaun palsu atas nama Zamani.

Foto : Kosmo

comments

Terkini

spot_img
spot_img