KUALA LUMPUR (23 Jun): Fitch Solutions Country Risk and Industry Research menjangkakan pilihan raya umum awal di Malaysia, dan menjangkakan pilihan raya itu mungkin diadakan pada akhir tahun 2022 (November), lebih awal daripada September tarikh akhir 2023.
Firma itu berkata di dalam laporannya, ini susulan kemenangan Barisan Nasional (BN), yang diketuai Umno, pada pilihan raya kecil negeri Johor pada 12 Mac dan Pilihanraya negeri Melaka sebelum itu.
Ia berkata jika Umno menambah kiraan kerusinya, ini akan menambah baik penggubalan dasar di Malaysia, walaupun risiko kekal condong ke arah bawah daripada perpecahan dalaman parti.
Fitch Solutions berkata ia melihat beberapa bulan akan datang agak kurang baik untuk proses penggubalan dasar kerana perhatian kerajaan mungkin tertumpu pada kempen, tetapi terdapat potensi peningkatan dalam jangka sederhana jika BN berjaya memperoleh majoriti yang lebih kukuh dan membentuk kerajaan seterusnya. .
Menurut laporan itu lagi, pilihanraya awal boleh menamatkan masalah kerajaan yang tidak stabil dengan majoriti tipis sejak 2020.
“Kami telah mengekalkan skor indeks risiko politik jangka pendek kami untuk Malaysia pada 64.4 daripada 100 untuk mencerminkan ketidaktentuan yang berkaitan dengan penggubalan dasar dan kesinambungan dasar.
Firma itu berkata walaupun BN dan Umno kelihatan berada dalam kedudukan dominan, kemenangan gabungan itu dalam pilihan raya umum yang akan datang masih tidak terjamin dan ada masalah yang perlu diselesaikan oleh mereka.
Perpecahan dalaman Umno yang berpecah kepada dua kumpulan utama: mereka yang menyokong menteri-menteri pentadbiran kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan mereka yang menyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ( 2009-2018) dan sekutunya, termasuk presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Kami melihat risiko perpecahan mengenai puak mana yang akan memimpin Umno dan BN ke dalam pilihan raya dan mengenai pembentukan Kabinet sekiranya BN menang,” katanya.
Fitch Solutions juga berkata dalam jangka masa sederhana, tidak kira siapa pun dari Umno yang membentuk kerajaan, dijangkakan reformasi dan pemulihan negara akan tetap kekal perlahan.
Ini kerana perebutan kuasa antara dua puak di atas tadi akan berterusan secara diam (belakang tabir), manakala hakikatnya landskap pilihan raya Malaysia kini jauh lebih kompetitif berbanding ketika BN dominan dalam 61 tahun pertama kemerdekaan Malaysia.
“Sebagai contoh, pembaharuan untuk meluaskan asas cukai secara material dan meningkatkan daya saing berkemungkinan terbukti tidak popular dan oleh itu mungkin tidak akan dilaksanakan,” katanya.
Foto : the star