spot_img
spot_img

PAS Pulau Pinang juga menolak ‘khemah besar’

spot_img

GEORGETOWN – Situasi politik semasa negara masa ini memerlukan parti dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam serta rakan-rakan bukan Islam yang tidak ekstrem bekerjasama lebih erat terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, pihaknya yakin penyatuan ummah itu juga dapat mengelakkan tragedi 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) pasca PRU14 berulang kembali.
Menurutnya, melihat suasana politik di Pulau Pinang khususnya, penyatuan ummah sangat penting bagi membenam DAP dan PH daripada memerintah negeri ini.

“Kelalaian Melayu-Islam di Pulau Pinang tidak menjalin hubungan penyatuan ummah ini dengan sebaiknya, maka sudah semestinya harapan untuk merampas Pulau Pinang ataupun ingin menjatuhkan DAP dan PH hanyalah suatu omongan yang kosong,”katanya menerusi kenyataan di sini, pada Rabu.

- Advertisement -

Muhammad Fauzi berkata, Pas Pulau Pinang yakin bahawa usaha penyatuan ummah ini memerlukan kesungguhan jiwa yang besar serta sikap toleransi dan sabar demi mencapai kesejahteraan.
Sementara itu beliau berkata, Pas Pulau Pinang kekal dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan PH.

“Khemah besar yang dicadangkan tersasar dari agenda penyatuan ummah dan cadangan itu hanya memberi nyawa kepada PH semata-mata,” katanya.

Pada Ahad Pas menegaskan bahawa parti itu menolak idea ‘khemah besar’ dan akan memfokuskan kepada agenda penyatuan ummah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img