JOHOR BARU, 20 Jun — PAS Johor dan PAS Kedah akan menjauhi idea ‘khemah besar’ yang dicetuskan oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kedua-dua badan pimpinan negeri itu mahu mahu fokus kepada menyatukan parti politik Melayu-Islam walaupun selepas PAS dikecam pemimpin UMNO sebelum ini.
Timbalan ketua Umno Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyelar PAS dan cara mereka mencampuri Umno. Beliau juga mempersoalkan keikhlasan PAS kerana menolak pilihan raya kerana PAS mahu kekal berkuasa.
PAS Kedah dan PAS Johor konsisten berkata rakyat Malaysia tidak akan melupakan pengalaman hidup di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH). Menurut mereka tempoh 22 bulan itu mencetuskan ketidakstabilan dalam negara.
“Rakyat kini sedar penipuan dan kerakusan yang dibuat kepimpinan PH yang mengambil alih pemerintahan selama 22 bulan sejak berakhirnya PRU-14 lalu. Kesedaran terhadap kebangkitan ummah ini memberikan ruang kepada PAS dan rakan komponen Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) untuk menyelamatkan negara daripada terus diseleweng”, kata pesuruhjaya PAS negeri Kedah.
(Datuk Ahmad Yahaya – Pesuruhjaya PAS Kedah)
PAS Johor dan Kedah menyokong kenyataan PAS pusat yang dibuat oleh naib presiden mereka iaitu Datuk Mohd Amar Abdullah yang berkata bahawa PAS tidak akan menyertai gabungan besar parti politik yang dicadangkan Bersatu untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU15. Sebelum ini Presiden PAS Tan Sri Hadi Awang turut menyatakan pendirian yang sama.
Ini memberikan jalan sukar buat sekutunya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mereka bersedia untuk bersama dalam pendekatan ‘khemah besar’ dengan PH untuk pilihan raya umum ke 15 kelak.
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor yang juga merupakan Ketua Gabungan Perikatan Nasional (PN) Johor, Abdullah Husin berkata PAS mematuhi prinsip perjuangan untuk melihat Islam terpelihara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
(Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Abdullah Husin)
PAS mahukan konsep budaya politik yang matang dan sejahtera untuk terus berusaha dan menyeru kepada penyatuan Ummah.
PAS akan terus merayu rakan parti Melayu-Islam dan Bumiputera seperti Umno dan Bersatu, serta parti Sabah dan Sarawak untuk bersama.
“PAS juga tidak meminggirkan rakan bukan Islam yang bukan ekstrem”, ujar beliau lagi.
“Oleh itu, gagasan penyatuan ummah yang menjadi teras kestabilan politik pada era pascapandemik ini perlu diteruskan, sekali gus menolak ‘khemah besar’. PAS yakin prinsip penyatuan ummah ini akan terus memacu pentadbiran yang cemerlang di peringkat Persekutuan dan di Kedah,” kata Datuk Ahmad Yahaya .