spot_img
spot_img

Anak syarikat TNB berkolaborasi kurangkan jejak karbon

spot_img

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn. Bhd. (GSPARX) akan memasang lebih 2 MWp (Megawatt peak) kapasiti solar pada 2022 melalui kolaborasi pintar dengan dua lagi anak syarikat TNB, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Malaysia Transformer Manufacturing (MTM).

Kerjasama strategik dalam pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) atas bumbung itu sejajar komitmen terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang digariskan dalam Hala Tuju Kelestarian TNB menjelang 2050.

Menurut TNB, GSPARX adalah pakar dalam penyediaan penyelesaian solar atas bumbung, manakala MTM pula penyedia penyelesaian sehenti untuk transformer. UNITEN ialah universiti swasta yang menawarkan kursus dalam bidang Kejuruteraan, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Ekonomi Perniagaan dan Ekonomi Tenaga.

- Advertisement -

Katanya, GSPARX telah selesai memasang panel solar di atas bumbung premis MTM di Kapar dan Ulu Klang, Selangor pada Mei 2022.

“Pemasangan sistem solar PV, di bawah Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) selama 21 tahun itu, mampu membekalkan 945 kWp kapasiti solar di MTM Kapar dan 532 kWp kapasiti solar di MTM Ulu Klang.

“Gabungan kedua-duanya mampu menjana 1.9 juta kWj tenaga solar setahun dengan anggaran penjimatan lebih RM6 juta. Ia juga berpotensi mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) yang bersamaan dengan pengunaan tenaga elektrik di 253 rumah setahun atau penyerapan karbon 1,538 ekar hutan dalam tempoh yang sama,” katanya dalam kenyataan.

- Advertisement -

Tambah TNB, bagi kolabrasi dengan UNITEN, GSPARX merancang untuk memasang sistem solar PV di Bangunan Kolej Kejuruteraan dan Pentadbiran universiti itu di Putrajaya menjelang Oktober 2022.

Jelasnya, projek di bawah perjanjian SARE 20 tahun itu, akan membekalkan 548.7 kWp kapasiti solar iaitu 700,964 kWj tenaga solar setiap tahun dengan UNITEN dijangka menikmati anggaran penjimatan RM 3.5 juta dalam tempoh 20 tahun.

“Perjanjian dimeterai pada 7 April 2022 itu berpotensi mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 497 tan metrik setahun, bersamaan dengan menanam 8,214 anak pokok selama 10 tahun atau menghentikan pelepasan karbon daripada 108 kenderaan di jalan raya setiap tahun,” tambahnya.

Mengulas perkembangan itu, Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, kerjasama pintar antara GSPARX, MTM dan UNITEN adalah selaras dengan Hala Tuju Kelestarian TNB untuk menghentikan pelepasan karbon menjelang 2050, dalam menyokong sasaran kerajaan mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050.

“TNB terus meningkatkan promosi penyelesaian Tenaga Boleh Baharu (TBB), termasuk melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX, untuk mengembangkan industri solar sambil menggalakkan kehidupan dengan tenaga hijau lebih mampan kepada masyarakat dengan solar sebagai sumber tenaga alternatif,” tambahnya.

Sehingga kini, GSPARX telah memperoleh 215 projek dengan organisasi komersial, perindustrian dan kerajaan, yang menjana sejumlah 126 MWp kapasiti solar.

Antaranya, Mydin Mohamed Holdings Berhad, AEON, Ambank, Sime Darby Properties, Jabatan Kerja Raya, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Seremban, Majlis Bandaraya Ipoh, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Kolej Universiti TATI. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img