spot_img
spot_img

Tiada nilai RM1.3 juta masuk tabung Bersatu

spot_img

Kuala Lumpur : Kini panas dengan isu Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disebut saksi perbicaraan di mahkamah, ada menerima wang dari syarikat UKSB yang dipetik oleh saksi kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

UKSB turut memberi dana politik kepada ‘TSM’

Tun Dr Mahathir yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri dari parti gabungan Pakatan Harapan dan juga Pengerusi Bersatu berkata beliau tidak tahu sama ada dakwaan di mahkamah tersebut benar atau tidak bahawa Muhyiddin di waktu itu yang menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri menerima wang dari syarikat UKSB.

- Advertisement -

Tetapi yang pasti menurut Tun Dr Mahathir, nilai yang disebut itu (RM1.3 juta) tidak pernah ada atau masuk di dalam tabung kewangan parti (Bersatu).

”Wang yang diterima daripada penderma, bukan disimpan oleh orang yang menerima. Saya pun kalau terima duit, saya serah kepada Bendahari. Tetapi yang saya tahu, Muhyiddin tidak menyerah kepada Bendahari sebanyak RM1.3 juta yang disebutkan ini.. ini bermakna sama ada dia dapat atau tak dapat, hakikatnya tiada serahan wang sebanyak RM 1.3 juta ini kepada Bendahari kita (Bersatu)”, katanya selepas majlis perhimpunan Melayu.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin menafikan ada menerima wang dari UKSB kerana di waktu itu beliau sedang menjalani rawatan kanser.

Muhyiddin nafi terima wang dari UKSB

- Advertisement -

Namun pada masa yang sama, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tarikh Tan Sri Muhyiddin menerima rawatan.

Najib tanya Muhyiddin “betulkah ?”

Sunber terkini, SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung semua nama yang disebut saksi di dalam kes perbicaraan tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img