spot_img
spot_img

Lebih $61 juta masuk akaun peribadi

spot_img

Akaun AmBank milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima AS$61 juta pada 23 Mac 2013, kata pengurus bahagian unit sistem pemindahan dana dan sekuriti elektronik masa nyata (Rentas) bank perdagangan itu.

Wedani Senen memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi bahawa terdapat akaun lain milik Najib telah menerima lebih 9.4 juta pound sterling antara 23 Jun dan 18 Dis 2014.

Semasa perbicaraan rasuah RM2.28 bilion 1MDB membabitkan Najib, Khamis lalu, Wedani yang merupakan saksi pendakwaan ke-29 berkata Najib telah menerima jumlah wang hampir AS$670 juta dalam akaun AmPrivate Banking-MR miliknya antara 2011 dan 2013.

- Advertisement -

 

Semasa pemeriksaan oleh timbalan pendakwa raya Najwa Bistamam, Wedani berkata AS$61 juta dipindahkan daripada Tanore Finance Corporation dalam satu transaksi.

Saksi itu memberi keterangan bahawa £9.4 juta itu dipindahkan melalui enam transaksi daripada Blackrock Commodities (Global) Limited dan Vista Equity International Partners.

- Advertisement -

Najib, 68, yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang membabitkan jumlah sama.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img