spot_img
spot_img

Ketandusan pemimpin untuk terajui KOM ?

spot_img

Kuala Lumpur : Adakah negara kita ketandusan pemimpin professional yang khusus dalam bidangnya di dalam mengendalikan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) ?

Perkara itu disuarakan oleh YB Anthony Loke, setiausaha agong DAP.

Faktor pertama yang dibangkit di atas perlantikan yang tidak sepatutnya itu adalah Shahidan bukannya orang muda lagi dan tidak juga seorang olahragawan.

- Advertisement -

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim kembali menerajui Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bagi penggal 2022/2025 selepas memenangi pemilihan jawatan presiden pada 12 Jun lalu.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menang dalam pertandingan satu lawan satu dengan menewaskan penyandang jawatan, Datuk SM Muthu.

- Advertisement -

Selain itu Anthony Loke mempersoalkan fokus yang mampu diberikan oleh Shahidan. “Dia sudah ahli parlimen, sudah menteri.. mana ada masa lagi. Kenapa tak biarkan (lantik) orang yang lebih layak, lebih professional, lebih komited, ada masa untuk mengetuai persatuan-persatuan sukan ?”, ujarnya.

Anthony menambah, KOM adalah suatu persatuan yang besar (penting) kerana olahraga merupakan sukan yang besar. Sepatutnya biar orang yang benar-benar ada kepakaran di dalam bidang olahraga mengetuainya, bukan orang politik.

Anthony juga mempersoalkan peranan Shahidan sebagai menteri wilayah di mana banyak tanggungjawab yang belum selesai dan belum pun bertemu ahli-ahli parlimen di Kuala Lumpur.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img