Gombak : Bakal Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Zuraida Kamaruddin dijangka bertemu Perdana Menteri minggu ini untuk membincangkan kedudukan beliau sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Jemaah Kabinet.
Beliau ditemui ketika merasmikan program Pemerkasaan Wanita di Peringkat Akar Umbi anjuran Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (Comwel) berkata beliau tidak tahu apa isi kandungan pertemuan nanti dengan Perdana Menteri.
Namun beliau berharap jawatannya dikekalkan dan itu merupakan suatu berita yang baik baginya. Ini supaya mudah bagi dirinya sebagai menteri yang menjawat portfolio yang sama menghabiskan program dan perancangan yang telah dimulakan sejak dilantik lagi. Datuk Zuraida menyandang portfolio tersebut sejak pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.
Beliau juga yakin dengan pengekalannya sebagai menteri kabinet, ia mampu untuk membantu menstabilkan negara dan Kabinet kerajaan Perdana Menteri kini.
Kedudukan Zuraida sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menjadi kontroversi setelah beliau keluar meninggalkan Bersatu. Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan jawatan tersebut diberikan semula kepada pemimpin Bersatu kerana menurutnya itu adalah kuota jawatan menteri untuk Bersatu.