spot_img
spot_img

Bersatu diperkotak-katikkan

spot_img

Kuala Lumpur : Apabila Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata mereka tetap akan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri walaupun jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi tidak diberikan semula kepada ahli parlimen Bersatu, ia menunjukkan satu lagi ketiadaan ‘bargain power’ dari parti tersebut.

Satu demi satu maruah parti tidak dapat dipertahankan oleh kepimpinan Bersatu. Ia menandakan tiada arah taju parti dan melemahkan semangat akar umbi untuk terus berjuang. Suara dan keputusan kepimpinan tertinggi tidak konsisten.

- Advertisement -

Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegaskan bahawa kuota kementerian itu adalah milik Bersatu. Jika Zuraida telah keluar dari Bersatu, maka kementerian itu harus diberikan semula kepada ahli parlimen dari Bersatu kerana itulah perjanjian antara Ismail Sabri dan Muhyiddin sebelum penukaran kuasa Perdana Menteri. Ismail Sabri harus mengenang jasa dan menghormati Bersatu yang merupakan salah satu faktor mengangkat beliau menjadi Perdana Menteri.

Dengan kenyataan awal dari Hamzah bahawa tiada apa-apa tindakan drastik atau tarik sokongan akan berlaku jika Perdana Menteri mengekalkan Zuraida, maka tiada apa lagi yang tinggal untuk kuasa dan kekuatan parti Bersatu untuk ahli-ahlinya.

- Advertisement -

Ia boleh dikatakan hanya percaturan pihak atasan untuk mengekalkan kuasa hingga pilihanraya. Bukan ketegasan parti di dalam membela haknya.

Ini juga mengesahkan bahawa kerajaan sekarang amat takut dengan pasukan G10 kerana mereka boleh menarik sokongan kepada Perdana Menteri bila-bila masa.

Pasukan ahli parlimen 10 ini (G10) pada Februari 2020 lalu, pernah membuat langkah sama dengan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk blok bebas di Dewan Rakyat.

Mereka kemudiannya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka ini ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak), Zuraida Kamaruddin (Ampang), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok) ,Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Ismail Sabri amat memerlukan sokongan kumpulan G10 ini untuk terus kekal berkuasa hingga habis penggal. Desakan dalaman dari UMNO di mana akar umbinya mahukan pilihanraya awal (keputusan rasmi dari mesyuarat agong luar biasa UMNO baru-baru ini) amat tidak disenangi oleh Ismail Sabri. Maka sokongan dari pasukan Zuraida dan MOU dengan Pakatan Harapan sahaja yang membolehkan jawatan Perdana Menteri Ismail Sabri dikekalkan.

Mesyuarat agong luar biasa UMNO itu juga mahukan pemilihan parti mereka ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya. Ini adalah suara akar umbi UMNO yang rasmi. Tetapi pasukan dari ‘kem Ismail Sabri’ mahukan pemilihan segera sebelum pilihanraya kerana kuasa watikah calon pilihanraya terletak di tangan Presiden UMNO. Presiden UMNO sekarang ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan tidak seiring ideologi Ismail Sabri dan sedang mendesak untuk segerakan pilihanraya. Hanya ROS akan menentukan keputusan usul penangguhan pemilihan parti UMNO. Kuasa ROS berada di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Apa pilihan yang Ismail Sabri ada ? Rombakan kabinet ? Terdengar desas-desus bahawa jika berlaku rombakan kabinet, maka sokongan ahli parlimen UMNO kepada Ismail Sabri akan ditarik. Pilihanraya ke 15 ? Perdana Menteri belum memberi ‘gula-gula’ rakyat (belanjawan) dan tempat beliau juga tidak terjamin jika kuasa memberi watikah calon berada di tangan Presiden UMNO sekarang atau adakah beliau akan dilantik semula menjadi Perdana Menteri jika BN menang.

Satu lagi faktor yang perlu diambil kira adalah kes rayuan terakhir Datuk Seri Najib pada Ogos ini. Jika beliau kekal bersalah atau tidak, tetap akan memberi senario yang baharu di dalam politik negara terutamanya bagi parti UMNO dan kerajaan seterusnya.

Kesimpulannya, Bersatu hanya menjadi pemerhati, pengikut, bukan penentu di dalam arena politik sekarang. Dari sebuah parti yang mengetuai pakatan pembangkang hingga memenangi pilihanraya dan mempunyai dua Perdana Menteri, tetapi kini hanya menjadi parti yang ‘tidak apa’ apabila ia diperkotak-katikkan, tidak dihormati permintaannya dan menjadi tidak relevan.

Salah siapa Bersatu jadi begini ? Terlalu banyak jawapannya ..

Ahli Seumur Hidup Bersatu (Johor)

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img