spot_img
spot_img

Najib tanya Muhyiddin “betulkah ?”

spot_img

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menimbulkan keraguan terhadap dakwaan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak menerima sumbangan politik RM1.3 juta dari syarikat UKSB pada 2018 seperti yang didakwa di mahkamah semalam.

Muhyiddin, dalam satu kenyataan semalam, berkata beliau tidak pernah menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), kerana beliau sedang menjalani rawatan kanser ketika itu.

Muhyiddin nafi terima wang dari UKSB

- Advertisement -

Najib pagi ini menyiarkan beberapa posting laporan berita untuk menetapkan garis masa peristiwa selepas saksi kes rasuah Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa dia telah memberikan wang RM1.3 juta kepada Muhyiddin yang merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu pada 4 Jun, Julai 4 dan 23 Ogos 2018.

Bagi bayaran pertama pada 4 Jun, Najib menegaskan, Muhyiddin sedang bekerja dan mengadakan lawatan ke Bukit Aman pada hari itu manakala untuk bayaran kedua pada 4 Julai, beliau mendakwa Muhyiddin masih belum menjalani pembedahan kerana kemasukan hospital hanya dilaporkan pada 12 Julai 2018.

Beliau kemudian memetik satu lagi laporan berita mengenai Muhyiddin keluar dari hospital dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh masing-masing pada 7 Ogos dan 14 Ogos tahun itu.

- Advertisement -

Muhyiddin didakwa menerima bayaran pada 23 Ogos 2018, yang menurut Najib adalah selepas beliau menjalani pembedahan.

“Betulkah?” Najib menyiarkan di laman Facebooknya.

Semalam, Muhyiddin dinamakan di mahkamah sebagai antara penerima sumbangan kewangan yang diberikan oleh Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), syarikat tempatan yang terbabit dalam perbicaraan rasuah Ahmad Zahid berhubung pemberian kontrak sistem visa asing (VLN).

UKSB turut memberi dana politik kepada ‘TSM’

Nama presiden Bersatu muncul apabila pihak pembelaan menyoal bekas pengurus tadbir UKSB David Tan Siong Sun, yang turut memberi keterangan bahawa Muhyiddin menerima sejumlah RM1.3 juta pada 2018.

Tan mengesahkan catatan yang dibuatnya dalam fail lejar bertajuk “HL PE” yang dimilikinya untuk tujuan simpan kira mengenai pembayaran tunai yang dibuat oleh UKSB kepada pelbagai ahli politik, kakitangan kerajaan dan Ahmad Zahid sendiri ketika disoal balas oleh peguam bela Datuk Ahmad Zaidi Zainal.

Bagaimanapun, Muhyiddin menafikan perkara itu pada hari yang sama berkata adalah mustahil untuk beliau mengambil sendiri wang itu kerana beliau sedang menjalani pembedahan untuk kansernya di sebuah hospital di luar negara dan telah mengambil cuti daripada tugas rasmi sebagai menteri dalam negeri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img