spot_img
spot_img

PM jumpa Zuraida minggu depan, PRU15 semakin hampir

spot_img

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan beliau akan bertemu Datuk Zuraida Kamaruddin minggu depan berhubung kedudukan jawatan Menteri Kabinetnya selepas melompat dari Bersatu kepada Parti Bangsa Malaysia (PBM) baru-baru ini.

Perdana Menteri juga berkata beliau akan bertemu Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas bertemu Zuraida.

Difahamkan, Zuraida menghadiri mesyuarat Kabinet seperti biasa semalam.

- Advertisement -

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida mengumumkan keluar dari Bersatu untuk menyertai PBM pada 26 Mei dan secara rasmi diterima sebagai ahli dan dilantik sebagai presiden PBM pada 9 Jun baru-baru ini.

Beliau telah menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri, mencetuskan perebutan politik untuk mencalonkan penggantinya dengan Muhyiddin mendakwa bahawa jawatan itu harus diberikan kepada Bersatu sebagai sebahagian daripada “kuota”nya sebagai sebahagian parti yang menbentuk kerajaan.

Ismail Sabri turut bergurau bahawa pilihan raya umum akan datang semakin hampir dari hari ke hari, tetapi enggan mengulas lanjut apabila diminta memberi tarikh.

- Advertisement -

Namun beliau tidak memberikan tarikh untuk mengelak iklim politik yang tidak stabil.

“Apa yang kita tahu, hari demi hari, pilihan raya semakin hampir,” katanya sambil tersenyum.

Ismail Sabri juga menegaskan bahawa negara hari ini stabil dari segi politik dan kerajaannya tidak perlu bimbang tentang terganggu daripada pemulihan ekonomi Malaysia, yang katanya adalah masalah global.

Beliau berkata tumpuan kini adalah untuk menangani inflasi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img