spot_img
spot_img

Pengangkutan awam percuma untuk sebulan, praktikal belanja RM155 juta ?

spot_img

Putrajaya : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semua pengangkutan awam kendalian RapidKL akan ditawarkan secara percuma selama sebulan, mulai hari ini.

Perdana Menteri berkata, pemberian perkhidmatan percuma Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT) serta bas RapidKL itu dibuat sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu.

Ia memakan kos sebanyak RM155 juta subsidi ini. Adakah ia praktikal ? Adakah ia menyelesaikan masalah penggunaan pengangkutan awam bagi rakyat Malaysia terutamanya Lembah Klang untuk mengurangkan kesesakan jalanraya ? Berita Tular mendapati ia amat tidak praktikal.

- Advertisement -

Suara ini turut dilemparkan oleh Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

(Syed Saddiq Abdul Rahman)

Saya sambut baik dengan perkhidmatan percuma ke atas MRT, LRT, KTM dan sebagainya.

Beliau menyarankan jumlah subsidi RM155 juta itu patut digunakan dengan lebih pragmatik untuk menambah koc penumpang, menambah gerabak kereta api, menambah bas awam serta menaik taraf kemudahan stesen-stesen pengangkutan awam.

- Advertisement -

Jadi apakah rasionalnya sumbangan subsidi RM155 juta ini ?

Adakah dapat mengurangkan kesesakan penumpang di stesen dan perhentian pengangkutan awam? Atau adakah dapat meningkatkan kualiti kemudahan awam di stesen dan perhentian pengangkutan awam yang sering kali kita dengari rosak?

Kerajaan wajar memperincikan penggunaan RM155 juta subsidi itu supaya ia membawa penyelesaian yang menyeleruh dan jangka masa panjang untuk pengguna.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img