JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) belum bersedia melakukan rombakan Kabinet walaupun timbul desas-desus mengatakan ia akan dilakukan minggu depan.
Difahamkan, rombakan Kabinet akan melibatkan beberapa barisan menteri dan timbalan menteri, lapor Tribunnews.
Sebelum ini, Menteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Pratikno mengaku tidak mengetahui tarikh rombakan akan berlaku.
Namun, apabila tarikh sudah ditetapkan, beliau akan mengumumkan sedikit demi sedikit.
Isu rombakan itu timbul ketika Presiden menyatakan kekecewaan terhadap beberapa orang menteri Mac lalu.
Jokowi merujuk kepada beberapa kementerian yang tidak menggunakan produk dalam negeri mengenai perolehan barangan dan perkhidmatan.
Ketika itu, Presiden memberi amaran akan merombak kementerian sekiranya pada masa hadapan masih banyak mengimport barangan dari luar bagi perolehan barangan dan perkhidmatan di setiap kementerian negara itu.
Jokowi meminta Kementerian Kewangan dan Badan Pengawas Kewangan dan Pembangunan mengawal urusniaga perolehan barangan dan perkhidmatan serta melaporkan setiap hari kepadanya.