spot_img
spot_img

PAS mahu Bersatu jujur dalam agenda ‘khemah besar’

spot_img

MARANG: PAS mengesahkan tahu tentang agenda Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama di bawah khemah besar dengan parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang tidak lama lagi.

Namun Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah menolak pendekatan itu dalam satu pertemuan yang diadakan sebelum ini. PAS tidak bersetuju dan memutuskan menolaknya.

Menurut Abdul Hadi lagi, PAS terus berbincang dan tidak sembunyi-sembunyi. Beliau ditemui pemberita di rumahnya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila.

- Advertisement -

Terdahulu, bekas Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sedik menuntut Muhyiddin bersikap jujur dan berterus-terang kepada Pas berhubung hala tuju kerjasama politik mereka dalam menghadapi PRU15.

(Datuk Kamarudin Sedik)

- Advertisement -

Katanya, Pas tidak wajar diheret sama di bawah khemah besar atau kerjasama persefahaman pilihan raya antara Bersatu dan pembangkang sekiranya ia melibatkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegas beliau, majoriti akar umbi Pas tidak boleh langsung menerima DAP dan PKR dalam mana-mana kerjasama politik melainkan dengan parti Melayu Islam.

Selain itu, Abdul Hadi juga menegaskan PAS komited memperjuangkan prinsip perpaduan ummah bagi menyatu-padukan umat Islam di negara ini tanpa membelakangkan kepentingan bukan Islam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img