LOS ANGELES, 10 Jun — Bintang Los Angeles Lakers, LeBron James, yang baru-baru ini diisytiharkan oleh majalah Forbes sebagai pemain pertama sukan bola keranjang NBA yang bernilai AS$1 bilion (RM4.4 bilion), mempunyai matlamat baru — memiliki pasukan NBA sendiri di Las Vegas.
Ahli sukan yang berusia 37 tahun itu berkata dalam rancangan bual bicara The Shop edisi Jumaat yang berkeinginan untuk memiliki pasukan bola keranjang NBA sendiri.
“Saya mahu memiliki pasukan,” kata James. “Saya mahu membeli pasukan, pasti.
“Saya mahukan pasukan di Vegas. Saya mahu pasukan di Vegas.”
Las Vegas sering disebut sebagai tempat utama untuk perkembangan sukan bola keranjang bersama Seattle, walaupun pesuruhjaya NBA Adam Silver berkata masih tiada rancangan segera untuk pengembangan daripada 30 pasukan yang sedia ada.
Tetapi terdapat rancangan untuk stadium baru utama di Vegas, yang sudah pun menjadi tuan rumah bagi pasukan NFL dan NHL.
James, juara NBA empat kali dan Pemain Paling Berharga NBA empat kali, memiliki Syarikat SpringHill, firma pembangunan hiburan dan produser yang membuat filem dokumentari seperti Space Jam: A New Legacy — sebuah filem yang dikeluarkan tahun lepas yang turut dibintangi James.
Dia juga merupakan sebahagian pemilik Fenway Sports Group, yang memiliki Boston Red Sox MLB, pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris Liverpool dan Pittsburgh Penguins NHL.