STRASBOURG: Mendapat tentangan yang kuat dari pihak konservatif, tetapi penggubal undang-undang Parlimen Eropah semalam menang undi tipis untuk menyokong cadangan Suruhanjaya Eropah bagi pengharaman keseluruhan kenderaan petrol baru menjelang 2035.
Suruhanjaya itu pada tahun lepas mendedahkan rancangannya untuk menghentikan penjualan kenderaan menggunakan enjin pembakaran petrol sebagai sebahagian daripada sasaran iklim hijau untuk mengurangkan pelepasan karbon lebih separuh dalam dekad ini dan 90% menjelang 2035. Ini merupakan suatu cita-cita yang tinggi bagi Eropah.
Langkah itu diluluskan sebanyak 339 undi kepada 249 menyokong dan 24 tidak mengundi (berkecuali) pada satu sesi di Strasbourg – yang akan mengehadkan jualan masa depan kepada model kenderaan elektrik sahaja.
Pada masa ini, kereta menyumbang kepada 12% daripada semua pelepasan CO2 (gas karbon) di dalam blok EU yang terdiri daripada 27 anggota negara, manakala pengangkutan keseluruhannya menyumbang kira-kira satu perempat.
Parti Rakyat Eropah (EPP) yang konservatif, kumpulan penggubal undang-undang terbesar parlimen, telah berusaha untuk menolak usul ini dan membenarkan penjualan kenderaan hibrid tetap diteruskan.
Namun usul mereka tewas tipis. Pihak konservatif juga tidak dapat meneruskan pindaan untuk mengambil kira jejak gas karbon berkaitan pengeluaran kereta – yang berpotensi membenarkan kredit pembuat kereta untuk bahan api sintetik, yang dipanggil e-bahan api, dibuat dengan karbon dioksida dan hidrogen yang diambil daripada sumber boleh diperbaharui.
Selepas undian, pengerusi jawatankuasa alam sekitar EU Pascal Canfin dengan kemenangan menulis tweet: “100 peratus kereta sifar pelepasan karbon pada 2035! Saya amat mengalu-alukan undian mengenai piawaian CO2 dalam @Europarl_EN. Kedudukan Parlimen Eropah ini adalah kemenangan penting dan konsisten dengan objektif kami untuk berkecuali iklim.”
Penggubal undang-undang EU Hijau Jerman Michael Bloss juga memuji undian itu sebagai langkah maju yang pada masa akan melindungi iklim dan pekerjaan dalam sektor itu.
Namun terdapat suara yang menentang undang-undang itu, kerana berpendapat ia akan menghalang pengkomersialan kenderaan hibrid berprestasi tinggi atau kenderaan menggunakan petrol, yang proses pengeluarannya berpotensi membuktikan lebih murah dan kurang pencemaran berbanding kenderaan elektrik.