spot_img
spot_img

Bersatu mahukan ‘khemah besar’, tetapi tolak DAP

spot_img

Johor Bahru: UMNO tidak mahukan DAP, Bersatu juga tidak mahukan DAP. Bersatu bersama PH yang disertai DAP berjaya memperoleh kemenangan pada PRU14 lalu. Ahli Parlimen DAP sahaja merangkumi 42 ahli parlimen dalam dewan negara. Ahli parlimen Barisan Nasional adalah sebanyak 54 orang.

Ketua Bersatu bahagian Parit Sulong, Datuk Ariss Samsudin berkata, mereka akur apa jua keputusan Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu mengenai PRU15 khususnya pembentukan ‘khemah besar’ bagi menewaskan (Barisan Nasional) BN asalkan tidak mengulangi lagi keputusan untuk bekerjasama dengan DAP.

- Advertisement -

(Ketua Bersatu Bahagian Parit Sulong, Datuk Ariss Samsudin)

“Kami serik bekerjasama dengan DAP dalam PRU14. Semoga kerjasama seperti ini tidak akan berlaku lagi dalam PRU15 kelak,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Menurut penganalisis politik, kata-kata seperti itu adalah mengikut perasaan dan tidak berdasarkan taktikal dan nombor. Bersatu harus sedar bahawa di dalam membentuk kerajaan, bilangan majoriti ahli parlimen dalam satu pasukan perlu melebihi pihak yang ingin ditumbangkan.

- Advertisement -

“Siapakah yang rugi di sini ? DAP masih konsisten dan ahli parlimen mereka kekal, Bersatu hanya mempunyai kiraan jari ahli parlimen mereka jika tanpa sokongan kem Azmin Ali yang juga berisiko meninggal parti itu”, ujar Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia Dr. Zamilah Saari.

“Bersatu bukan di dalam kekuatan untuk memilih kawan. Drastiknya, Bersatu perlu memilih sama ada untuk bersama PH atau BN, tanpa syarat. Ini kerana dua khemah ini boleh memberikan nombor yang cukup untuk membentuk kerajaan. Bersatu perlu membina kekuatannya sendiri sebagaimana Tun Dr Mahathir lakukan, menerima realiti, bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi mencapai matlamat, membina naratif bersama ke satu arah.”, ujar Dr. Zamilah lagi.

Pada 20 Mei lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan gabungan itu masih belum mengadakan perbincangan rasmi dengan Pakatan Harapan (PH) untuk bergabung dalam PRU15.

Namun, beliau berkata, inisiatif berbincang cara mengelak pertembungan bagi menentang BN sudah diambil pihak tertentu selaras usaha satu lawan satu yang diumumkan Muhyiddin sebelum ini.

Bersatu terus mengharapkan PAS supaya terus bersama PN pada PRU15 ini. PAS dilihat tidak konsisten kerana pada masa yang sama masih mempertahankan Muafakat Nasional (MN) dan juga PN. Digambarkan hanya pemimpin PAS yang mempunyai jawatan masih mempertahankan PN dan pada masa yang sama tidak mengenepikan MN. Akar umbi PAS mahukan MN diperkasakan semula.

Datuk Ariss berkata lagi, perjuangan Bersatu adalah penuh integriti dan berhemah tinggi demi untuk menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia. Beliau juga mengingatkan jangan sekali-kali kelirukan rakyat mengenai kerajaan campuran BN dan PN sekarang. “Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah kerajaan campuran BN dan PN”, ujarnya.

Justeru, Ariss mendesak Perdana Menteri supaya memenuhi janjinya kepada kepimpinan PN dan Bersatu bahawa tarikh PRU15 akan dirundingkan dengan mereka bersama dan bukan mengikut desakan pihak-pihak tertentu dalam BN dan UMNO sahaja.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img