spot_img
spot_img

BN jangan bersorak menang lagi

spot_img

Kuala Lumpur : Pemimpin UMNO, Ahli Parlimen Padang Renggas yang memegang jawatan menteri selama 19 tahun, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui kekuatan Barisan Nasional kini meningkat.

Namun beliau mengatakan bahawa semua ini disebabkan ‘mereka’ (parti yang melawan BN) berpecah.

“BN perlu melihat statistik pilihanraya baru-baru ini. BN tidak popular. Tiada perubahan ke atas sokongan kepada BN sejak PRU14,” kata beliau yang dipetik dari Sinar Daily.

- Advertisement -

Beliau yang telah berkhidmat dalam 3 pentadbiran Perdana Menteri juga mencabar pemimpin-pemimpin UMNO yang mendesak untuk menyegerakan PRU15 supaya pergi mengadap Agong bagi menyatakan hasrat itu.

Beliau mendakwa desakan PRU15 adalah di atas ‘kehendak’ pemimpin UMNO tertentu dan bukan atas kepentingan bagi negara.

Nazri Aziz juga dikatakan bakal dilantik kerajaan untuk menjadi duta negara sama ada di Eropah atau pun Amerika Syarikat.

- Advertisement -

Apabila ditanya tidakkah beliau bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri ? Beliau menjawab bahawa itu bukan jalan kehidupan yang beliau inginkan setelah melihat jadual kehidupan yang padat dari Perdana Menteri Tun Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img