spot_img
spot_img

BPB terima suntikan RM45juta untuk penanaman semula mematuhi ESG

spot_img

KUALA LUMPUR: Boustead Plantations Bhd (BPB) telah memeterai perjanjian pembiayaan hijau RM45 juta dengan China Construction Bank (M) Bhd (CCBM) untuk memudahkan pelaksanaan penanaman semula mampannya sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap usaha alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

BPB, salah satu syarikat minyak sawit utama Malaysia, berusaha memanfaatkan pembiayaan untuk memaksimumkan program penanaman semula lestari yang dipercepatkan, khususnya untuk aset perladangannya di Sabah, mulai tahun ini hingga 2024.

“Perjanjian pembiayaan hijau akan membolehkan BPB melengkapkan program peningkatan prestasi perladangannya yang sedang berjalan dengan mengoptimumkan potensi aset perladangannya di Sabah,” kata ketua pegawai eksekutifnya Zainal Abidin Shariff dalam satu kenyataan hari ini.

- Advertisement -

Perjanjian pembiayaan itu ditandatangani oleh pengarah BPB Ahmad Shahredzuan Mohd Shariff dan setiausaha syarikatnya Affendi Mohd Yob, manakala CCBM diwakili oleh naib presiden eksekutifnya Wang Shaoqiang.

Zainal Abidin dan ketua pegawai eksekutif CCBM Wang QiJie menyaksikan majlis itu.

Menurut kenyataan itu, nisbah hutang kepada ekuiti BPB telah bertambah baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini berikutan prestasi kewangannya yang kukuh, dengan penggearan pada 0.28 kali pada 31 Mac 2022 daripada 0.37 kali pada 31 Dis 2021.

- Advertisement -

BPB berkata semua kawasan tanahnya berada di bawah pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia, manakala enam kilang sawitnya, yang diperakui di bawah Meja Bulat Minyak Sawit Lestari, telah ditauliahkan dengan Sistem Pensijilan Rantaian Bekalan.

Tiada pembakaran dan biojisim sawitnya dikitar semula.

CCBM ialah anak syarikat China Construction Bank Corporation, sebuah bank komersial dengan kehadiran di 31 negara dengan ibu pejabatnya di Beijing.-Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img