spot_img
spot_img

TPM baru dan rombakan menteri kabinet Singapura hari ini

spot_img

SINGAPURA 6 Jun: Menteri Kewangan Lawrence Wong kini menjadi Timbalan Perdana Menteri Singapura mulai 13 Jun ini, dan mengekalkan portfolio kewangan.

Pengumuman pada hari ini dibuat kira-kira dua bulan selepas Wong dilantik sebagai ketua pasukan generasi keempat Parti Tindakan Rakyat (PAP) atau lebih dikenali sebagai pasukan 4G, membuka jalan untuk beliau bakal menjadi Perdana Menteri Singapura yang seterusnya.

Wong akan menjadi salah seorang daripada dua Timbalan Perdana Menteri, menyertai Heng Swee Keat, 61, yang telah diketepikan sebagai ketua pasukan 4G April lalu, di atas faktor usianya. Heng kekal sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi.

- Advertisement -

Wong, 49, akan menjadi pemangku Perdana Menteri apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong bercuti atau berada di luar negara.

Beliau juga akan memikul tanggungjawab untuk Kumpulan Strategi dalam Pejabat Perdana Menteri, mengambil alih daripada Heng.

Wong telah mengetuai pasukan petugas pelbagai kementerian semasa wabak COVID-19. Beliau juga merupakan timbalan pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS), setelah dilantik memegang jawatan itu pada Mei tahun lalu.

- Advertisement -

Perdana Menteri Lee juga mengumumkan kenaikan jawatan dan pertukaran portfolio menteri-menteri lain pada hari ini, tetapi tiada perubahan kepada menteri yang menerajui setiap kementerian.

“Kepimpinan generasi akan datang sedang terbentuk,” kata Encik Lee dalam catatan Facebook selepas pengumuman itu.

“Saya meminta semua rakyat memberikan sokongan penuh anda kepada peralihan penting ini, untuk mengemudi Singapura keluar dengan selamat daripada wabak dan menuju masa depan yang lebih cerah.”

LANTIKAN LAIN

Tan Kiat How akan dinaikkan pangkat menjadi Menteri Negara Kanan. Beliau akan terus berkhidmat di Kementerian Perhubungan dan Penerangan dan Kementerian Pembangunan Negara.

Eric Chua akan dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Parlimen Kanan. Beliau akan terus berkhidmat di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia serta Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Rahayu Mahzam akan dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Parlimen Kanan dan akan menjawat jawatan baharu di Kementerian Undang-undang. Beliau akan terus berkhidmat di Kementerian Kesihatan, tetapi melepaskan pelantikannya di Kementerian Perhubungan dan Penerangan.

(Rahayu Mahzam)

Dr Koh Poh Koon akan dilantik sebagai Menteri Negara Kanan di Kementerian Kelestarian dan Alam Sekitar. Beliau akan terus berkhidmat di Kementerian Tenaga Manusia, tetapi melepaskan pelantikannya di Kementerian Kesihatan.

Sun Xueling akan dilantik sebagai Menteri Negara di Kementerian Dalam Negeri. Beliau akan terus berkhidmat di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, tetapi melepaskan pelantikannya di Kementerian Pendidikan.

Desmond Tan akan dilantik sebagai Menteri Negara di Pejabat Perdana Menteri. Beliau akan melepaskan jawatannya di Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kelestarian dan Alam Sekitar.

Baey Yam Keng akan dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kanan di Kementerian Kelestarian dan Alam Sekitar. Beliau akan terus di Kementerian Pengangkutan.

Chee Hong Tat akan dilantik sebagai Menteri Negara Kanan di Kementerian Kewangan. Beliau akan terus di Kementerian Pengangkutan.

Chee, yang juga timbalan setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), akan meninggalkan NTUC untuk kembali kepada Kerajaan sepenuh masa.

Rombakan Kabinet Singapura yang terakhir adalah pada April 2021, dua minggu selepas Heng berkata bahawa beliau akan berhenti menjadi ketua pasukan 4G. Wong mengambil alih portfolio kewangan daripada Heng dalam rombakan tahun lalu, apabila menteri baharu dilantik ke tujuh kementerian daripada jumlah keseluruhan kementerian Singapura sebanyak 15 kesemuanya.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img