spot_img
spot_img

Zuraida ‘kebal’ dari parti dan kabinet

spot_img

KUALA LUMPUR: Hingga saat ini, teka-teki kedudukan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin masih lagi bermain di kalangan para wartawan dah ahli politik. Setelah keluar ahli dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), ramai bersangka bahawa jawatan sebagai menteri kabinet (yang disebut sebagai kuota Bersatu) itu harus dikosongkan dan perlu diganti oleh pemimpin dari Bersatu juga.

Hanya seorang sahaja yang mempunyai jawapan muktamad akan perkara ini iaitu Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di mana beliau juga masih belum bertemu dengan Zuraida untuk berbincang mengenai kedudukan Ahli Parlimen Ampang itu di dalam Kabinet.

Perdana Menteri berkata Zuraida masih bercuti dan belum ada tarikh bagi mengadakan pertemuan.

- Advertisement -

Zuraida sebelum ini mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Desakan dari dalam Bersatu supaya Zuraida digugurkan sebagai ahlinya dan menteri dari Bersatu telah lama berbunyi setelah tertubuhnya Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang kuat dikaitkan dengan dirinya dan juga Datuk Seri Azmin Ali. Apatah tidaknya apabila parti baru itu dikemudi oleh setiausaha politik Zuraida sendiri sebagai Setiausaha Agung, Norhizwan Ahmad  dan disertai oleh ramai pemimpin dari NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN).

(Norhizwan Ahmad – Setiausaha Agung PBM)

- Advertisement -

Namun desakan itu terus sepi, tiada tindakan atau siasatan dari kepimpinan tertinggi Bersatu sehinggalah Zuraida sendiri meninggalkan parti itu.

Sebelum ini, Ismail Sabri ketika ditanya tentang jawatan Zuraida berkata, Ahli Parlimen Ampang itu masih menganggotai Jemaah Menteri.

Penganalisis politik melihat bahawa Zuraida bijak bermain politik dan yang telah menjadi ‘mangsa’ kini ialah Bersatu di mana imej mereka tercalar lagi apabila ahli parlimen semakin berkurangan dari parti itu.

Dikhuatiri juga rakan seperjuangan di kalangan ahli-ahli parlimen yang mengikut ‘kem Zuraida’ juga akan berbuat demikian apabila masa yang sesuai. Paling merunsingkan Bersatu ialah adakah Datuk Seri Azmin Ali juga akan meninggalkan parti itu. Terdengar khabar bahawa jika beliau disisihkan di dalam jawatan tertinggi kabinet (jika berlaku cabinet-reshuffle), maka mungkin beliau juga akan meninggalkan Bersatu.

PBM mengatakan parti mereka menyokong dan mahu menjadi komponen Barisan Nasional. Namun ia belum cukup untuk memberi kelegaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri. Perdana Menteri memerlukan sokongan ahli parlimen untuk terus kekal berkuasa. Zuraida, Azmin dan penyokong mereka di kalangan ahli-ahli parlimen mampu ‘mengubah nasib’ Perdana Menteri. Ini juga menjadi kebimbangan buat ‘team Ismail Sabri’. Oleh sebab itu, pendekatan Ismail Sabri lebih untuk tidak menggugurkan Zuraida dari kabinetnya untuk memastikan sokongan ahli-ahli parlimen kekal utuh dibelakangnya.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga mengambil pendekatan selamat dan tidak menyebelahi ‘kuota parti Bersatu’ apabila mengakui bahawa Zuraida masih lagi salah seorang ahli kabinet. Beliau juga tiada maklumat mengenai pengganti Zuraida sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan terus yakin kepada pilihan Perdana Menteri untuk kestabilan kerajaan. Beliau ditemui oleh pemberita pada Program Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Kinta di sini hari ini.

(Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu – Timbalan Presiden Bersatu)

Kesimpulannya, Zuraida bijak di dalam perkiraan politik. Beliau yang menggerakkan bola, bukan sebaliknya.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img