spot_img
spot_img

Johnny Depp kembali sebagai Captain Jack Sparrow ?

spot_img

Para peminat  telah membuat spekulasi tentang Johnny Depp mungkin kembali untuk sebuah lagi filem Pirates of the Caribbean selepas dia menang di mahkamah ke atas Amber Heard awal minggu ini.

Aktor itu sebelum ini pernah menyatakan bahawa akan tetap menolak kontrak AS$300 juta (RM1.3 bilion) untuk kembali ke francais filem yang sangat berjaya itu, namun peminat filem itu tetap berharap Depp untuk kembali. Disney mempunyai dua filem di dalam perjalanan, satu daripadanya adalah kesinambungan terus dari Dead Men Tell No Tales, dan satu lagi akan dibintangi oleh Margot Robbie yang diberi tajuk Pirates.

Menurut bekas pegawai Disney, Deep mungkin akan dijemput untuk kembali.

- Advertisement -

Pegawai eksekutif yang tidak mahu dinamakan itu memberitahu majalah People: “Saya percaya sepenuhnya selepas kemenangan kes mahkamah beliau, Pirates Johnny akan kembali sebagai Kapten Jack. Terdapat banyak harta karun box-office yang berpotensi untuk watak yang dicintai yang tertanam dalam budaya Disney. Dengan [produser] Jerry Bruckheimer telah merangkul kejayaan besar melalui Tom Cruise dalam Top Gun: Maverick sekarang ini, (sudah tentu) ada keinginan besar bagi membawa kembali bintang Hollywood ke dalam francais yang sangat popular itu.”

(Top Gun yang dibintangi Tom Cruise meraih status box office besar setelah kembali selepas 36 tahun dari filem pertamanya)

- Advertisement -

Menurut orang dalam industri, Depp “akan bersinar semula”. Orang dalam itu menambah: “Saya rasa ramai akan memberinya peluang. Dia sangat disukai dan sangat berbakat. Sebuah studio hanya perlu mengukur dan melihat ia berbaloi dengan risiko dan nilai, tetapi dia juga memenangi pendapat umum. Dia mendapat sokongan peminat baru melalui ini dan, ya, dia akan kembali.”

Walau bagaimanapun, menurut seorang ejen Hollywood, “reputasi telah tercalar bagi kedua-dua belah pihak” di mahkamah, kerjaya Depp masih boleh “berkembang, kerana ini adalah dunia yang kita diami. Peminatnya sangat setia, bersuara untuknya dan mereka semua tahu (bahawa) dia jauh dari sempurna.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img