spot_img
spot_img

Kanye West reka bungkusan McDonalds pula

spot_img

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Penyanyi rap terkenal Kanye West mengumumkan dia akan mereka bentuk semula pembungkusan rangkaian makanan segera McDonald’s.

Penyanyi yang berusia 44 tahun itu, telah mengumumkan bahawa dia bekerjasama dengan pereka industri Muji Naoto Fukasawa untuk projek itu, lapor Daily Mail. Naoto Fukasawa ialah pereka, pengarang dan pendidik industri di Jepun, bekerja dalam bidang reka bentuk produk dan perabot. Dia paling terkenal dengan kerja reka bentuk produknya dengan syarikat runcit Jepun MUJI, serta mereka bentuk untuk syarikat seperti Herman Miller, Alessi, B&B Italia, Magis dan HAY

- Advertisement -

(Muji Naoto Fukasawa)

Namun selepas dari pengunguman West ini, McDonald’s masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kerjasama itu.

Walaupun pengumuman itu mengejutkan banyak pihak, West sebelum ini pun memang telah menunjukkan kesukaannya terhadap McDonalds.

- Advertisement -

West dan isterinya yang ketika itu Kim Kardashian juga dipaparkan dalam sosial media McDonald yang menunjukkan makanan kegemaran mereka pada tahun 2020.

Kanye suka memesan milkshake, kentang goreng, Chicken McNuggets dan sos BBQ Tangy manakala Kim memilih Chicken McNuggets, shake, French Fries, hamburger dan pai epal.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img