spot_img
spot_img

15 tahun Google Maps diraikan – mengenang cabaran yang penuh kontroversi

spot_img

SAN FRANCISCO, 25 Mei ― Google meraikan 15 tahun usaha yang penuh mencabar dalam membuat Google Maps sejak ia memulakan usaha besar dan penuh kontroversi untuk mengambil gambar jalanan secara terperinci di seluruh dunia.

Imej panoramik Google Street View telah menyelinap ke dalam kehidupan seharian kepada berjuta-juta orang ― tetapi di tahun-tahun awalnya ia telah menarik banyak kes mahkamah dan penentangan hebat daripada aktivis sosial dan privasi.

Gergasi teknologi AS itu menandakan ulang tahun itu dengan mengeluarkan pelbagai ciri baharu, termasuk versi alat “perjalanan masa” yang dipertingkat yang membolehkan pengguna melihat foto sebelumnya yang diambil oleh kamera Google.

- Advertisement -

Firma itu juga menerbitkan senarai destinasi paling popular untuk pengguna ― dengan Burj Khalifa di Dubai mengambil tempat teratas untuk bangunan, diikuti oleh Menara Eiffel dan Taj Mahal.

Google berkata Indonesia adalah negara paling popular untuk Street View, mendahului Amerika Syarikat, Jepun, Mexico dan Brazil.

Ibu negara Indonesia Jakarta adalah bandar yang paling popular dicari, mengalahkan Tokyo, Mexico City, Sao Paolo dan Buenos Aires.

- Advertisement -

Google bangga dalam catatan blog itu bahawa mereka telah mengumpulkan lebih dari 220 bilion imej dan mengembara lebih daripada 10 juta batu sejak imej pertama dikeluarkan termasuk San Francisco, New York dan Miami.

Sejak itu, ia telah menyediakan pemandangan panoramik kepada pelancong di mana-mana sahaja sama ada dari puncak Everest hingga ke dalam Great Barrier Reef sekali pun.

Tetapi apabila Google meluaskan jangkauannya, ia mendapat kritikan meluas dan pemerhatian bertahun-tahun daripada pengawal selia di beberapa negara Eropah ― sebahagian besarnya Jerman masih tidak terdapat dalam Google (secara lengkap).

Google juga pernah menghadapi beberapa perkara memalukan seperti tidak sengaja merakam imej yang bersifat peribadi.

Pada tahun 2013, firma itu merakam gambar pasangan yang sedang melakukan hubungan seks di sebelah kereta mereka di jalan raya yang sunyi di Australia, dan gambar itu sempat masuk ke platform sekali lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img