spot_img
spot_img

Anak pemimpin yang digelar kleptokrat terkenal menang Presiden Filipina

spot_img

Manila : Ferdinand Marcos Jr memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya presiden Filipina pada Isnin lepas, membawa kembali legasi diktator memimpin negara melalui anaknya ini.

Pengiraan tidak rasmi menunjukkan Marcos, yang lebih dikenali sebagai “Bongbong,” peroleh lebih daripada dua kali ganda undian pesaing terdekatnya, memberikannya peluang untuk mengembalikan pemerintahan keluarga Marcos di mana pada 36 tahun lepas ayahnya dipaksa berundur ke dalam buangan semasa pemberontakan.

Marcos tidak membentangkan dasar sebenar. Dia hanya berkempen atas mesej perpaduan yang ringkas tetapi samar-samar.

- Advertisement -

Marcos telah dikritik kerana tidak mahu menyertai debat presiden dan tidak membuat beberapa penampilan media semasa kempen, membolehkannya mengehadkan pendedahan buruk dan mengawal mesejnya hanya melalui rangkaian pengaruh dan penulisan blog.

Penyokong Marcos mendakwa bahawa kempen itu bertujuan untuk mengungkitkan sejarah kronisme, rompakan dan kekejaman semasa pemerintahan diktator Marcos selama dua dekad (ayahnya).

Keluarga Marcos menafikan menyeleweng berbilion dolar kekayaan negara semasa menerajui apa yang dikatakan penentangnya sebagai salah satu kleptokrasi paling terkenal di Asia.

- Advertisement -

(Ferdinand Marcos)

Rejim itu berakhir pada tahun 1986, sebelum ramai penyokong Marcos Jr dilahirkan. Ada yang yakin bahawa naratif masa lalu itu adalah pembohongan yang dicipta oleh lawannya.

Jawatan presiden Marcos Jr dijangka meneruskan dasar kepimpinan Presiden Rodrigo Duterte, yang pendekatannya kejam dan keras di mana ia terbukti popular bagi rakyat Filipina, membantunya untuk menyatukan kuasa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img