spot_img
spot_img

Anak James Bond jangan harap warisi kekayaan bapa

spot_img

Daniel Craig mungkin menerima gaji lapan angka apabila berlakon filem Hollywood – termasuk $25 juta yang dilaporkan untuk memainkan peranan James Bond dalam “No Time To Die” dan dilaporkan $100 juta untuk muncul dalam sambungan filem “Knives Out” di tahun 2019 — tetapi pelakon berusia 53 tahun itu tidak bercadang untuk berkongsi harta-hartanya dengan anak-anak.

Dalam edisi terbaru Majalah Candis, Craig memperincikan falsafahnya mengenai warisan (wasiat), mengatakan dia tidak bercadang untuk memberi banyak wang kepada anak-anaknya apabila dia meninggal dunia.

“Tidakkah ada pepatah lama mengatakan bahawa jika anda mati sebagai orang kaya, anda telah gagal?” Craig berkata dalam satu temu bual, menurut Times of London. “Saya rasa Andrew Carnegie memberikan sejumlah wang di mana nilai hari ini kira-kira $11 bilion, yang menunjukkan betapa kayanya dia kerana saya yakin dia juga menyimpan sebahagian daripadanya.”

- Advertisement -

(Andre Carnegie – usahawan besi terkaya di era 1880an – 1900)

Craig mengatakan bahawa dia merasa “tidak selesa” untuk meninggalkan pewaris sejumlah wang dengan banyak. Dia mempunyai dua orang anak, seorang anak perempuan berusia 29 tahun dan seorang lagi juga anak perempuan berusia 2 tahun. Isterinya, pelakon Rachel Weisz, juga mempunyai seorang anak lelaki remaja.

- Advertisement -

“Falsafah saya adalah menyingkirkannya atau memberikannya (wang) sebelum anda mati,” kata Craig.

Bintang Hollywood itu bukanlah orang pertama yang mengisytiharkan secara terbuka bahawa anak-anak mereka tidak akan menerima sebahagian besar daripada kekayaan mereka. Pelabur Warren Buffett – yang kekayaannya mencecah lebih $100 bilion – baru-baru ini mengulangi kepercayaannya yang telah lama dipegang bahawa nilai bersihnya yang “tidak dapat difahami” akan lebih baik dibelanjakan untuk tujuan kebajikan daripada ke dalam portfolio pelaburan anak-anaknya.

“Selepas banyak pemerhatian terhadap keluarga-keluarga yang sangat kaya, inilah pandangan saya: Berikan pada anak-anak dengan mencukupi sahaja supaya mereka boleh melakukan apa sahaja, tetapi bukan terlebih cukup sehingga mereka tidak mahu berbuat apa-apa (kerana terlalu kaya),” katanya kepada pemegang saham, sambil menambah bahawa anak-anak dewasanya sendiri yang akan ” meneruskan usaha dermawan dan kebajikan yang melibatkan wang dan masa.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img