spot_img
spot_img

Itu tugas anda untuk tukar tayar atau tidak !

spot_img

Lewis Hamilton kecewa dan mempersoalkan strategi pasukan Mercedesnya semalam selepas dia menduduki tempat keenam di belakang rakan sepasukan George Russell di Grand Prix Miami.

Selepas perlumbaan kelima tahun ini, Hamilton berada di tempat keenam dalam kedudukan pemandu dengan 36 mata, manakala rakan senegara dari Britain di tempat keempat dengan 59 mata.

Juara dunia tujuh kali itu berkata dia terkejut apabila ditanya sama ada dia mahu menukar tayar baru semasa tempoh pusingan Kereta Keselamatan (Safety Car) selepas 41 pusingan perlumbaan sulung daripada 67 pusingan di Autodrom Antarabangsa Miami, yang dimenangi oleh Max Verstappen.

- Advertisement -

(Max Verstappen juara GP F1 Miami dari pasukan Red Bull Racing)

“Saya benar-benar tidak tahu, dalam senario itu saya tidak tahu di mana semua orang berada,” jelas Hamilton ketika ditanya mengenai kejadian itu.

- Advertisement -

“Apabila pasukan saya berkata ‘itu pilihan anda’ — saya tidak mempunyai maklumat untuk membuat keputusan.

“Itulah tugas anda! Buat keputusan untuk saya. Anda mempunyai semua butiran di hadapan anda. Bukan saya.

“Itulah sebab anda bergantung kepada mereka, tetapi hari ini mereka tidak memberikannya kepada saya dan saya tidak memahaminya.”

“Ia agak malang, tetapi sekurang-kurangnya kami mendapat mata hari ini,” katanya.

“Kami berusaha menamatkan dan keyakinan pemanduan adalah baik. Kami hanya perlu terus mencuba. Saya teruja, pada satu peringkat, laju ke hadapan, yang belum kami lakukan (pada musim ini).”

Dia telah menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 dua minggu sebelum ini di Grand Prix Emilia Romagna.

Rakan sepasukan Russell memanfaatkan pusingan Kereta Keselamatan itu sebaik mungkin untuk menukar tayar baru dan dengan kelebihan itu, mampu memintas Hamilton untuk menduduki tempat kelima.

“Ia bagus apabila anda bertarung dengan rakan sepasukan,” kata Hamilton. “Anda menunjukkan lebih rasa hormat, memberi lebih banyak ruang dan saya menikmatinya. Saya rasa ada rasa hormat yang baik antara kami dan saya berusaha sekeras mungkin.”

Beliau menambah walaupun keputusan mereka bertambah baik, pasukan itu masih bergelut untuk membuka potensi prestasi kereta mereka.

“Kami mempunyai kereta yang laju, tetapi kami tidak mempunyai (masih mencari) ‘kunci’ untuk membuka potensinya. Masih banyak lagi yang akan datang (perlu diatasi) dan ia mengecewakan.”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img