Semenjak Raja Petra menerbitkan artikelnya “Pendedahan Mengejutkan: Konflik Kepentingan Hakim Perbicaraan Najib Nazlan Terdedah” pada 14 Mac 2022 dalam blognya, Malaysia Today, kita hanya membaca pandangan sebelah pihak mengenai isu itu, sama ada daripada kenyataan akhbar oleh ketua pendaftar, Majlis Peguam, pengerusi dan timbalan pengerusi DAP, ketua hakim negara, The Edge Malaysia mahu pun Dr Shad Saleem Faruqi.
Dalam artikel ini, saya memberikan pandangan sebelah lagi dengan tujuan semata-mata untuk memberikan hujah kedua belah pihak kepada orang ramai supaya mereka berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membuat keputusan mengenai isu tersebut.
Saya tidak mengatakan saya betul dan mereka salah, Raja Petra betul dan Hakim Mohd Nazlan salah, atau sebaliknya.
Merujuk kepada kenyataan Majlis Peguam dan laporan The Edge Malaysia, dikatakan bahawa Raja Petra dan ahli politik terutamanya penyokong Najib Razak sedang mengugut badan kehakiman.
Dalam artikel ini, saya memberikan pandangan sebelah lagi dengan tujuan semata-mata untuk memberikan hujah kedua belah pihak kepada orang ramai supaya mereka berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membuat keputusan mengenai isu tersebut.
Saya tidak mengatakan saya betul dan mereka salah, Raja Petra betul dan Hakim Mohd Nazlan salah, atau sebaliknya.
Merujuk kepada kenyataan Majlis Peguam dan laporan The Edge Malaysia, dikatakan bahawa Raja Petra dan ahli politik terutamanya penyokong Najib Razak sedang mengugut badan kehakiman.
datang dari badan kehakiman sendiri sebelum isu itu diputuskan oleh mahkamah, jika dibangkitkan. Sekarang kita sampai kepada ucapan ketua hakim negara. Tidak ada bahagian yang saya tidak bersetuju dengannya.
Saya hanya mempersoalkan mengenai kesesuaian masanya. Walaupun ketua hakim negara tidak menyebutnya, sesiapa yang membaca ucapan itu tahu bahawa beliau merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Raja Petra yang dilaporkan dalam Malaysia Today bahawa Hakim Mohd Nazlan sedang disiasat oleh SPRM.
Saya mengulangi apa yang saya katakan mengenai kesan dua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh ketua pendaftar. Ambil perhatian bahawa satu peristiwa penting telah berlaku selepas kenyataan akhbar kedua itu, iaitu SPRM mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat hakim berkenaan.
Soalan: Tidakkah lebih baik membiarkan SPRM meneruskan dan menyelesaikan siasatan? Di akhir siasatan, SPRM akan mengumumkan sama ada tiada bukti untuk menyokong dakwaan Raja Petra itu atau terdapat bukti yang mencukupi untuk menyokong pertuduhan terhadap Hakim berkenaan.
Jika ia yang awal disebutkan, hakim itu dibersihkan. Tidakkah lebih baik bagi hakim berkenaan bahawa beliau dibersihkan oleh SPRM selepas siasatan lengkap dan tiada kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh badan kehakiman? Jika pengumuman itu yang kemudian disebut, maka fail siasatan itu akan dirujuk kepada pendakwa raya (Peguam Negara) untuk memutuskan sama ada hendak mendakwa hakim berkenaan atau tidak.
Jika, berdasarkan keterangan, pendakwa raya memutuskan untuk tidak membuat pertuduhan, perkara itu tamat di situ. Jika beliau memutuskan sebaliknya, proses perbicaraan bermula. Sama ada Hakim itu dibersihkan atau tidak, tiada kritikan boleh dilemparkan terhadap ketua hakim negara.
Beliau tidak boleh dituduh cuba mengganggu siasatan oleh SPRM. Sekiranya saya dituduh pro-Najib, biarlah saya jelaskan bahawa saya tidak kisah walaupun Najib terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di penjara dengan syarat beliau mendapat perbicaraan yang adil.
Saya tidak mengatakan dakwaan Raja Petra bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil, ada merit atau tidak. Itu untuk mahkamah memutuskannya. Saya tidak mengatakan dakwaan Raja Petra dan laporan bahawa Hakim Mohd Nazlan terlibat dalam skandal kewangan 1MDB benar atau tidak, mahupun sama ada laporan Hakim Mohd Nazlan terhadap Raja Petra ada merit atau tidak.
Itu hanya akan diketahui selepas SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kedua-dua dakwaan dan laporan itu. Justeru, SPRM hendaklah dibiarkan menjalankan tugasnya tanpa gangguan atau apa yang nampak seperti gangguan oleh sesiapa.
Nota: Sebaik sahaja saya selesai menulis artikel ini, saya menerima mesej daripada seorang rakan bahawa dua peguam dan seorang aktivis telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi memohon pengisytiharan berikut:
- Badan penyiasatan jenayah, termasuk SPRM tidak berhak atau dihalang daripada menyiasat hakim-hakim yang sedang berkhidmat di mahkamah atasan (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) melainkan mereka digantung kerja seperti yang dikehendaki di bawah Perlembagaan Persekutuan;
- Pendakwa raya tidak diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim yang sedang berkhidmat di mahkamah atasan. Mereka juga telah memohon pengisytiharan bahawa siasatan oleh SPRM terhadap Hakim Nazlan adalah tidak berperlembagaan.
Berita itu menyebabkan saya memutuskan untuk menerbitkan artikel ini.
Tun Abdul Hamid Mohamad adalah bekas ketua hakim negara.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili Berita Tular