spot_img
spot_img

20 ribu hadir rumah terbuka Reezal termasuk YDP, Najib & Siti Nurhaliza

spot_img

KEPALA BATAS – Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dihadiri kira-kira 20,000 rakyat berbilang kaum dalam suasana meriah di pekarangan Wisma UMNO Kepala Batas, di sini malam Sabtu.

Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, sambutan rumah terbuka itu dilihat luar biasa kehadirannya dan orang ramai teruja menghadirinya berikutan tiada sambutan sedemikian sejak Covid-19 melanda negara.

Setelah tiga tahun (tiada sambutan rumah terbuka), orang ramai macam nak balas balik malam ini dengan hadir beramai-ramai ke majlis ini…kami juga sediakan makanan lebih daripada biasa kerana percaya ramai yang akan hadir membawa semangat Keluarga Malaysia.

- Advertisement -

Sebenarnya kehadiran masyarakat berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur malam ini adalah semangat penting penduduk Kepala Batas dan rakyat Malaysia untuk raikan detik kebersamaan dapat berjumpa hanya untuk Aidilfitri.Terima kasih semua yang datang, katanya kepada pemberita.

(Yang Dipertua Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak turut hadir bersama)

- Advertisement -

Majlis yang bermula jam 8 malam itu turut dihadiri Yang Dipertua Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Noor serta pelbagai pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

(Najib turut memeriahkan Rumah Terbuka Reezal – Melaka Hari Ini)

Majlis rumah terbuka itu dimeriahkan lagi dengan persembahan penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyanyi Siti Nordiana serta beberapa artis lain.

Kebanyakan tetamu yang hadir bersama keluarga ke majlis yang berlangsung hingga 11 malam itu, turut memakai pakaian sedondon bagi menceriakan majlis rumah terbuka Aidilfitri berkenaan dan mereka turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk memakai pelitup muka.

Majlis berkenaan menyajikan pelbagai juadah hari raya antaranya ketupat, rendang, sate, nasi impit, kuih-muih, apom lenggang, apom balik, char kuetiau, pasembur dan pelbagai lagi.

Rata-rata pengunjung tempatan teruja untuk hadir ke rumah terbuka itu kerana ia merupakan majlis yang lazim dibuat namun tiada sejak dua tahun lepas berikutan Covid-19.

(Siti Nurhaliza juga memberikan persembahan pada malam tadi, hadir bersama suami Datuk K)

Majlis tersebut lebih ceria dan menjadi menarik apabila ada persembahan Siti Nurhaliza, menyebabkan ia menjadi lebih meriah.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img