spot_img
spot_img

Bogel di pokok, kena hantar balik ke negara asal

spot_img

DENPASAR (Indonesia) : Seorang influencer media sosial berasal dari Rusia dan suaminya akan dihantar pulang dari Bali selepas melakukan penggambaran berbogel di atas pokok yang dianggap suci oleh rakyat tempatan. Ini dianggap sebagai melanggar budaya tempatan.

Alina Fazleeva, yang mempunyai ribuan pengikut di Instagram, bergambar bogel di atas pokok beringin berusia 700 tahun di sebuah tokong di daerah Tabanan.

Gambar yang diambil oleh suaminya Andrey Fazleev, telah dimuat naik ke Instagram dan menjadi tular sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat Bali.

- Advertisement -

Gunung, pokok dan ciri semula jadi lain dianggap suci dalam budaya Hindu Bali, kerana ia dianggap sebagai rumah para dewa.

“Kedua-dua mereka terbukti melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghormati budaya tempatan,” kata ketua imigresen Bali Jamaruli Manihuruk kepada pemberita Jumaat.

“Jadi, mereka akan dihantr keluar dari Bali.”

- Advertisement -

Suami isteri itu akan dikenakan hukuman dilarang keluar dari Indonesia sekurang-kurangnya enam bulan, dan juga terpaksa menyertai upacara pembersihan di kawasan suci itu mengikut kepercayaan tempatan, tambahnya.

Fazleeva memohon maaf di akaun Instagramnya dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia, mengakui bahawa dia “membuat kesilapan besar”.

“Terdapat banyak tempat suci di Bali dan tidak semuanya mempunyai tanda maklumat mengenainya, seperti dalam kes saya,” katanya.

“Dan, adalah sangat penting untuk menghormati tempat dan tradisi ini”.

Gabenor Bali Wayan Koster berkata pentadbirannya tidak akan lagi bertolak ansur dengan pelancong yang tidak menghormati budaya dan agama tempatan.

Hampir 200 orang telah dihantar pulang dari pulau percutian tahun lepas, sebahagian daripada mereka kerana melanggar protokol Covid-19.

Bulan lalu, seorang pelakon Kanada dan guru kesihatan yang mengaku diri sendiri juga berdepan dengan pengusiran dari Bali selepas tular video mengenainya berbogel di Gunung Batur ketika melakukan tarian upacara Haka, Maori New Zealand.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img