spot_img
spot_img

Pilih makanan yang baik untuk jantung

spot_img

Jantung merupakan organ terpenting di dalam tubuh badan. Ia sentiasa berfungsi dan perlu kekal sihat apabila anda meningkat tua. Dengan begitu banyak fungsi organ berbeza yang boleh menyumbang kepada peningkatan atau kemudaratan kekuatan kardiovaskular, ia boleh menjadi sukar untuk menguruskan kesihatan jantung kerana banyak faktor-faktor lain yang terlibat.

Nasib baik, terdapat penyelesaian mudah yang boleh merangkumi banyak faktor ini hanya dalam satu perkaraan : ianya ialah diet! Makanan yang anda makan boleh menjejaskan fungsi badan yang berbeza dengan ketara, jadi makan makanan yang salah boleh menjejaskan kesihatan jantung anda, juga sepantas makan perkara yang betul boleh meningkatkan kesihatan jantung. Pakar kardiologi mendedahkan lima makanan yang berbahaya kepada jantung anda dan empat makanan yang terbaik untuk jantung anda!

Lima Makanan Yang Memudaratkan Kesihatan Jantung

- Advertisement -

1. Karbohidrat Yang Diproses

Karbohidrat memberikan tubuh tenaga yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti harian. Walau bagaimanapun, karbohidrat secara berlebihan, boleh juga menyebabkan banyak isu kesihatan yang dilihat kecil dan semuanya berkaitan dengan masalah organ hati. Masalah ini boleh meningkat dari semasa ke semasa dan menyumbang kepada risiko yang lebih tinggi untuk masalah kardiovaskular tertentu. Ini terjadi apabila banyak makan karbohidrat yang telah diproses telah hilang nutrien terbaik yang ada dalam makanan itu .

Berikut adalah beberapa contoh karbohidrat yang diproses :

- Advertisement -

. Roti putih

Roti dalam senarai “enam makanan yang masin” oleh Persatuan Jantung Amerika. Senarai ini merujuk kepada makanan dengan kandungan natrium tinggi yang merupakan sumber paling penting bagi komponen itu di kalangan rakyat Amerika. Roti putih mempunyai sedikit sekali vitamin dan sedikit serat, jadi tiada apa-apa nutrien untuk dihadam oleh badan. Ini menyebabkan ketidakseimbangan gula dalam darah.

Nasi putih

Nasi putih penuh dengan karbohidrat yang terlalu tinggi diproses hingga tiada nilai pemakanan yang tinggal. Nasi putih boleh meningkatkan lemak di bahagian perut, menurut ketua koresponden perubatan Univision Network, pakar kardiologi, dan pengarang Juan Rivera, MD, dan menambah lemak perut boleh memburukkan lagi risiko untuk keadaan jantung. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan nasi putih berlebihan mempunyai beberapa kesan ke atas masalah kardiovaskular.

· Bijirin

Terdapat beberapa bijirin sarapan yang dipek untuk lebih mementingkan kesihatan, tetapi kebanyakannya disertakan dengan banyak gula, tidak kira apa manfaat kesihatan lain yang mereka gembar-gemburkan. Banyak isu kesihatan lain boleh timbul daripada makan berlebihan bijirin yang tinggi kandungan gula.

2. Makanan Rendah Lemak

Sangat mudah untuk melihat perkataan “rendah lemak” dan secara automatik menganggapnya baik untuk jantung. Malangnya, ini tidak berlaku, kata Fisher. Lemak seperti menambah dressing terasa enak, dan kekurangannya boleh bermakna perisa tambahan mesti ditambah dalam bentuk gula atau garam. Oleh itu, apabila seseorang memberitahu anda untuk berhenti makan makanan berlemak, letakkan pemikiran positif dan ingat jenis makanan rendah lemak ini untuk dielakkan:

· Mentega Kacang Tanpa Lemak atau Rendah Lemak

Mentega kacang sangat berlemak – tetapi lemak itu adalah lemak baik! Asid lemak Omega-6 dan bentuk lemak positif lain banyak terdapat dalam mentega kacang yang asli dan semuanya tak tepu tunggal dan baik untuk anda, kata Fisher. Jika anda memilih pilihan rendah lemak atau bebas lemak, bukan sahaja lemak hebat itu akan hilang, tetapi gula pula dimasukkan.

. Dressing Rendah Lemak

Kebanyakan sos salad dan sos yang serupa akan jadi tidak sedap jika ia tidak penuh dengan gula atau natrium (garam). Kebanyakan dressing rendah lemak menambah unsur tidak sihat pada salad.

· Makanan Ringan Berbungkus Tanpa Lemak

Apa-apa sahaja yang menghilangkan lemak secara luar biasa dari kandungannya boleh dipersoalkan dari segi nutrien baik yang tinggal dalam makanan itu. Fisher mengatakan bahawa orang ramai mula menyedari bahawa snek bebas lemak ini tidak membantu untuk penurunan berat badan sama sekali. Jika produk biasanya tidak bebas lemak, adalah idea yang baik untuk mengelakkan versi bebas lemak. Lemak yang sihat adalah baik untuk membuatkan kita berasa kenyang, keseimbangan gula dalam darah dan kesihatan keseluruhan yang semuanya boleh menjadi positif untuk jantung anda.

3. Daging Yang Diproses

Daging adalah sumber protein yang baik, tetapi jika anda makan jenis daging yang salah, anda akan merugikan diri sendiri. Berikut adalah beberapa daging yang diproses yang harus anda elakkan:

· Sosej

Hot dog, frankfurters dan sosej – atau apa sahaja nama lain yang serupa yang mereka gunakan! – semuanya padat dengan lemak tepu, kata pemilik dan pengarang Essential Nutrition For You Rania Batayneh, MPH. Malah pilihan rendah lemak tidak selamat kerana kandungan garam yang tinggi. Kedua-dua garam dan lemak tepu boleh menyumbang kepada ketidakseimbangan tekanan darah.

· Daging Daily 

Menurut pengasas Fisher Nutrition Systems, Suzanne Fisher, RD, LDN, banyak jenis daging yang diawetkan mengandungi natrium nitrat, yang merupakan pengawet yang boleh meningkatkan keradangan. Kajian sebenarnya mendapati bahawa nitrat juga boleh dikaitkan dengan aterosklerosis, atau penyempitan arteri, kerana keradangan yang disebabkannya!

· Ayam panggang

Ayam, secara semulajadinya merupakan makanan yang sihat. Tetapi yang pra-panggang yang anda temui di pasar raya adalah padat dengan lemak tepu, garam dan banyak kandungan lain yang anda tidak akan temui dalam makanan semulajadi.

4. Makanan Bergoreng dan Junk Food

Sudah tentu, makanan bergoreng dan makanan ringan amat berbahaya kepada jantung. Apa yang anda mungkin tidak sedar ialah betapa buruknya kesan pada hati manusia juga. Berikut adalah tiga contoh makanan goreng :

· Ayam goreng

Ayam goreng dimasak dengan minyak berasaskan lemak trans yang meningkatkan kolesterol berbahaya dan merosakkan kolesterol positif. Penyelidikan mendapati mereka yang makan lebih banyak makanan bergoreng seperti ini sering menghadapi risiko kematian yang lebih tinggi berpunca dari penyakit arteri koronari. Pentadbiran Makanan & Dadah AS terpaksa mengharamkan penggunaan lemak trans dan mula melaksanakan langkah-langkah untuk menghentikan penggunaannya secara berperingkat dalam pembuatan makanan.

. kentang goreng

Kentang goreng juga digoreng dengan lemak trans, tetapi itu bukan satu-satunya sebab ia boleh memudaratkan jantung anda! Pengambilan kentang dalam jumlah yang tinggi meningkatkan risiko anda menghidap diabetes jenis 2, hipertensi, dan masalah berkaitan jantung yang lain, menurut pelbagai kajian.

· Kerepek kentang

Ini digoreng dengan lemak trans dan menggunakan kentang, tetapi kerepek kentang juga datang dengan lebih banyak kelemahan – seperti fakta bahawa mereka didapati menyebabkan penambahan berat badan. Mereka juga mempunyai banyak garam dan sangat sedikit serat untuk membantu pencernaan

5. Sos

Sering kali, walaupun mereka yang mementingkan diet akan memberi tumpuan kepada hidangan sebenar sehingga mereka akan lupa tentang sos yang mereka tambahkan. Jangan buat kesilapan itu! Berikut adalah beberapa sos yang kita perlu berhati-hati supaya tidak menggunakannya dengan terlalu banyak:

· Sos barbeku

Memang sedap untuk makan dengan daging bersama sos masam dan manis-manis ini. Namun, kebanyakan sos barbeku dalam botol mempunyai 310 mg natrium dalam hanya dua sudu besar – jumlah yang mengejutkan untuk produk kecil itu, dan boleh menyebabkan masalah untuk jantung.

· Sos tomato

Sos tomato yang dibeli di kedai dan sos tomato yang dijual secara komersial selalunya dibungkus dengan garam dan gula berlebihan, kata Rivera. Hanya dua sudu besar bahan itu mempunyai 14% daripada pengambilan natrium yang disyorkan setiap hari dan mempunyai 8 gram gula! Itu terlalu banyak dan tidak baik untuk kesihatan organ hati.

 

Empat Makanan Yang Paling Bermanfaat untuk Kesihatan Jantung

1. Bijirin Penuh

Bijirin penuh boleh dikatakan jenis bijirin yang paling berkhasiat yang anda boleh dapatkan. Ia mengandungi bukan sahaja satu komponen nutrien yang mengeluarkan serat dan nilai nutrien pemakanan untuk kesihatan jantung.

Bijirin memberikan manfaat pemakanan yang luas, seperti serat yang tinggi untuk mengurangkan kadar kolesterol berbahaya. Secara tidak langsung, ia penting untuk meningkatkan kesihatan jantung anda. Kajian juga mendapati bahawa pengambilan tiga hidangan bijirin penuh dalam sehari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 22%!

2. Ikan dan lemaknya (fatty fish)

Kita telah bercakap tentang kepentingan lemak yang baik. Sekarang, inilah cara terbaik untuk mendapatkan beberapa jenis lemak terutamanya melalui ikan, seperti:

Salmon
Tuna
sardin
tenggiri

Ikan ini semuanya kaya dengan asid lemak omega-3, yang sangat terkenal kerana mempunyai kesan positif pada jantung. Kajian telah mendapati bahawa mereka boleh mengurangkan tekanan darah, kolesterol jahat, dan risiko banyak penyakit. Malah, tidak memakannya boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapat tekanan darah tinggi, obesiti, dan juga diabetes!

3. Buah-buah Beri, anggur , kurma

Makanan ini penuh dengan pelbagai jenis nutrien yang berbeza, termasuk antioksidan kuat yang melawan kesan keradangan yang paling teruk – terutamanya simptom yang boleh membawa kepada penyakit jantung, menurut penyelidikan.  Jenis makanan ini juga boleh mengurangkan pelbagai faktor risiko masalah kardiovaskular yang berbeza. Contohnya, ia mampu merendahkan simptom sindrom metabolik sambil menurunkan kolesterol jahat.

4. Bawang putih

Bawang putih telah digunakan untuk tujuan perubatan selama berabad-abad lamanya, dan kajian moden telah dapat mengesahkan bahawa nenek moyang kita menyukainya. Ini kerana ia mengandungi sesuatu yang dipanggil allicin, iaitu sebatian yang mempunyai pelbagai kesan yang baik untuk kesihatan.

Kajian mendapati pengambilan ekstrak bawang putih secara berkala dalam tempoh yang lama berjaya menurunkan tekanan darah dengan tahap kesan positif yang sama seperti ubat preskripsi sebenar. Ia juga boleh menurunkan kolesterol jahat, mengurangkan risiko strok, dan mengurangkan potensi bekuan darah.

Jika anda makan bawang putih untuk mendapatkan faedah ini, hancurkan dan biarkan seketika sebelum anda memasukkannya ke dalam kuali untuk dimasak. Anda juga boleh memakannya secara mentah.

Fikir sebelum makan, apa yang baik dan apa yang buruk untuk jantung anda

Banyak makanan berbahaya kepada jantung sedap dimakan, dan itu boleh menimbulkan masalah kepada mereka yang tidak menyedari kerosakan yang  bakal dilakukan oleh makanan kegemaran mereka. Dengan sentiasa mengetahui tentang makanan yang boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan makanan yang mengurangkannya, anda akan berjaya dalam mengekalkan kesihatan jantung.

 

 

 

 

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img