spot_img
spot_img

Justin Bieber disenarai hitam Ferrari

spot_img

Bintang nyanyian, Justin Bieber telah disenaraihitamkan oleh Ferrari kerana melanggar kod etika dan syarat pemilikan jenama. Menurut penerbitan berita Itali, il Giornale, bintang pop yang berasal dari Kanada itu menukar warna Ferrari model 458 Italia sejurus selepas membelinya, kemudian dia melelong model tersebut.

458 adalah Ferrari kedua Justin Bieber yang dibelinya pada tahun 2011. Ia pada asalnya berwarna putih, sebelum ia diubahsuai dengan warna biru elektrik oleh bengkel ubah suai terkenal di California. Lencana Ferrari di bonet kereta itu juga telah ditukar kepada biru elektrik, manakala pengubahsuaian lain termasuk pemasangan roda aloi baharu dan kit badan yang lebar.

- Advertisement -

Salah satu daripada beberapa syarat untuk memiliki Ferrari ialah anda tidak dibenarkan mengusik enjin, membuat sebarang pengubahsuaian kerja badan, mempunyai cat yang buruk dan menutup lencana ‘Ferrari’ kuda. Sebarang penyesuaian mesti mendapat kebenaran dan dilakukan oleh pihak yang diberi kuasa oleh Ferrari.


(Jangan pandai-pandai ubah logo kuda)

Satu lagi salah laku dalam memiliki Ferrari okeh Justin Bieber ialah kereta itu dilelong pada tahun 2017. Sekali lagi, Ferrari melarang pelanggan mereka daripada menjual kereta semasa tahun pertama pemilikan, tetapi sebarang rancangan untuk dijual selepas itu mesti melalui Ferrari sahaja. Ini adalah untuk tidak merosakkan harga pasaran.

- Advertisement -

Untuk pengetahuan anda, jika sunber laporan ini boleh dipercayai, Ferrari tidak akan menjual kereta edisi khas atau terhadnya kepada pengumpul yang memiliki walaupun satu model Lamborghini. Tidak kira berapa banyak Ferrari yang anda miliki di dalam garaj anda – begitulah sengitnya saingan mereka.

Sebelum model 458, Justin Bieber membeli model 430 hitam matte khas pada usia 16 tahun. Dia tidak lagi dibenarkan membeli Ferrari baharu, dan menerima nasib yang sama seperti selebriti lain yang disenaraihitamkan oleh Ferrari seperti Nicolas Cage, Kim Kardashian dan 50 Cent.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img