spot_img
spot_img

Trafik highway lancar Raya ke 3

spot_img

KUALA LUMPUR (4 Mei): Trafik dilaporkan lancar dan terkawal di semua lebuh raya utama pada hari ketiga Aidilfitri pada hari Rabu (4 Mei) berikutan penurunan jumlah kenderaan di jalan raya.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dalam catatan Twitter, berkata setakat 10 pagi, trafik masih lancar di kedua-dua arah di lebuh raya di utara, selatan dan timur, termasuk lokasi di sekitar plaza tol.

Aliran trafik juga dilaporkan lancar di kedua-dua arah di Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.

- Advertisement -

LLM menasihatkan pengguna jalan raya khususnya di pantai timur supaya mengikut jadual waktu perjalanan yang dicadangkan bagi Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena sambutan itu.

Info dari Utara ke Kuala Lumpur tidak disertakan oleh LLM.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini daripada talian bebas tol Plusline 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 dan akaun Twitter di www.twitter .com/LLMinfotrafik.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img