Semalam dunia teknnologi dikejutkan apabila Jack Ma, pengasas raksasa e-dagang China Alibaba, telah muncul semula setelah lama menghilang dan tiada berita berkenaan beliau, tetapi muncul berita mengatakan beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa China.
Jack Ma terus senyap dan berita berkenaan dirinya tidak diketahui umum sejak Beijing bertindak keras terhadap syarikatnya pada akhir tahun 2020.
(Jack Ma adalah pengasas salah satu e dagang terbesar dunia – Ali Baba)
Tetapi pada awal pagi semalam , berita negara China, CCTV melaporkan bahawa polis di bandar Hangzhou, tempat gergasi e-dagang Alibaba berpusat, telah menyiasat seseorang dengan nama keluarganya; Ma sejak 25 April lalu.
Butiran dalam laporan ringkas dalam 86 patah perkataan itu tidak begitu jelas, tetapi pelabur berada di dalam ketakutan. Ramai beranggapan bahawa orang yang dimaksudkan dalam berita itu ialah Jack Ma, di mana nama Cinanya ialah Ma Yun. Selepas berita itu tersebar, harga saham Alibaba di Hong Kong susut 9.4% pada awal dagangan, menyebabkan kerugian kira-kira $26 bilion daripada nilai pasarannya, lapor Bloomberg.
Satu lagi media negara China, Global Times, tidak lama kemudian membuat susulan dengan laporan yang memetik sumber tidak dinamakan yang mengatakan individu terbabit sebenarnya mempunyai tiga perbezaan dengan Jack Ma. Orang yang ditahan itu dilahirkan pada tahun 1985, menjadikannya dua dekad lebih muda daripada pengasas Alibaba, menurut Global Times, dan dikenal pasti sebagai pengarah penyelidikan dan pembangunan perkakasan di sebuah syarikat IT.
Itu seolah-olah meredakan ketakutan pelabur. Saham Alibaba meningkat kembali berikutan laporan Global Times, dan menutup hari dagangan di Hong Kong hanya 0.83% lebih rendah.
Perubahan mendadak dalam harga saham Alibaba menggariskan betapa sensitifnya pelabur teknologi berhubung tanda-tanda pentadbiran Beijing sedang memantau mana-mana gergasi teknologi di negara itu.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China telah melancarkan siasatan anti-monopoli terhadap syarikat teknologi mereka, meningkatkan pengawasan keselamatan data dan mengehadkan penggunaan pengguna terhadap internet dan platform permainan. Pada masa yang sama, firma teknologi China sedang bergelut untuk menarik pengguna untuk pengguna berbelanja lebih di tengah-tengah ekonomi yang semakin suram.
Alibaba telah menanggung beban akibat tindakan keras Beijing itu. Selepas Jack Ma secara terbuka bertelagah dengan pengawal selia pada akhir 2020, Beijing bertindak balas dengan memaksa Ant Group, unit kewangan Alibaba, menghentikan IPOnya di New York. Pihak berkuasa juga melancarkan siasatan ke atas Alibaba kerana didakwa menyalahgunakan kedudukan pasaran utamanya.
(Salah satu pelopor digital bank yang memberi pinjaman mikro dalam masa singkat)
Walau bagaimanapun, Beijing dalam beberapa bulan kebelakangan ini memberi isyarat bahawa pentadbirannya akan mengurangkan tindakan keras itu. Kerajaan China juga berkata ia akan “menggalakkan pembangunan ekonomi dari segi platform yang sihat.” Itu membawa kepada lonjakan harga saham internet, lapor Bloomberg.
Namun kegagalan harga saham Alibaba pada hari Selasa semalam menunjukkan bahawa pelabur masih berasa goyah.
“China mengenakan banyak dasar keras ke atas syarikat teknologi negara mereka (yang tidak sehaluan) dan kini semua orang berjaga-jaga – jika apa-apa berlaku, mereka akan melepaskan pegangan stok,” kata seorang penganalisis kepada Financial Times.